Setiap kali kereta bergerak
dalam jarak yang jauh, anda perlu membuat pemeriksaan dengan sebaiknya supaya
keadaan kereta anda masih berada dalam keadaan baik.
Namun apabila kereta anda yang
sudah “berusia” atau melebihi “mileage” 150,000 km, anda disarankan untuk
membuat “overhaul” pada kereta anda.
Overhaul atau turun enjin
merupakan membaik-pulih secara menyeluruh pada sesebuah enjin kenderaan.
Setiap komponen enjin akan
dileraikan satu-persatu oleh mekanik daripada komponen luar sehingga dalaman.
Mereka akan membuka komponen,
membersihkan, membaiki kerosakan, memasang kembali komponen dan penyelarasan
akhir.
“Mileage” 150,000 km itu
adalah cadangan yang disarankan, namun ia bukanlah kewajipan untuk melakukan
“overhaul” apabila mencapai angka tersebut.
Terdapat beberapa gejala yang dapat anda perhatikan untuk mempertimbangkan proses turun enjin iaitu:
1. Ekszos keluar asap putih
Apabila anda mengesan asap
putih keluar daripada ekszos, ia merupakan petanda bahawa terdapat minyak yang
masuk ke ruang pembakaran. Gejala ini berlaku disebabkan “ring piston” sudah
haus pada “bowring piston” .
2. Enjin tidak teratur akibat
dalam pencucuh berkerak
Gejala enjin mula tidak teratur
apabila anda merasakan prestasi enjin mengalami penurunan, bunyi enjin yang
ganjil, tersengguk-sengguk ketika memecut.
Salah satu penyebab enjin pincang adalah palam pencucuh yang tidak mampu
bekerja secara maksimum atau mengalami penurunan percikan api. Ini disebabkan terdapat kerak yang melekat
kerana minyak naik hingga ke palam pencucuh.
3. Minyak berkurang
Enjin mula “makan” minyak.
Gejala ini boleh dikesan dari jumlah minyak dalam tabung.
Anda boleh menggunakan besi
pengukur untuk melihat paras minyak sama ada sudah sampai ke had minimum atau
belum.
4. Suhu enjin sering panas
Tidak hanya kerosakan pada
sistem penghawa dingin, malah suhu enjin yang kerap berada pada had “overheat”
juga boleh menjadi petunjuk kepada nisbah mampatan yang bocor. Ini boleh disebabkan “packing” kepala
silinder yang sudah patah dan menyebabkan air radiator terus berkurang kerana
memasuki ke ruang pembakaran. Akhirnya
suhu enjin menjadi lebih panas hingga berisiko mengalami “overheat”.
Sesebuah enjin itu tidak perlu
dibuat overhaul sehingga ada kerosakan pada komponen dalaman di bahagian paling
dalam enjin iaitu enjin tengah. Contohnya
komponen pada bahagian itu ialah “Crankshaft” dan untuk keluarkannya, semua
komponen lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu.
Antara sebab lain enjin perlu
di overhaul ialah “Rod Jammed”, “bearing jammed”, masalah Gearbox, “Crankcase”
pecah dan bocor minyak hitam.[msnnews]
0 Comments