Lembu adalah segalanya bagi mereka - mata wang, makanan, dan kebanggaan. Suku Mundari tidak melihat perbezaan antara manusia dan lembu peliharaan. Mereka makan, tidur, dan berjalan bersama.
Jurugambar Mario Gerth, 42, menghabiskan masa selama 3 bulan untuk merakam kehidupan seharian kaum nomad suku Mundari di Sudan Selatan dengan gambar-gambar yang sangat menakjubkan selama beliau tinggal bersama mereka.
Suku kaum nomad ini mengembara
di dataran Wilayah Sahel, Sudan di sepanjang Sungai Nil di mana mereka
menggunakan lembu-lembu peliharaan mereka sebagai mata wang dan sumber kehidupan
seharian dari susu hinggalah air kencing lembu.
(Seorang lelaki puak Mundari mencuci dirinya di bawah pancuran air kencing
lembu di Sudan Selatan, mereka percaya kehidupan
manusia mempunyai hubungan istimewa dengan lembu )
Kehidupan mereka begitu akrab dan rapat sekali dengan ternakan mereka seperti keluarga sendiri dan menganggap
tiada bezanya antara mereka, malah mandi di bawah pancuran air kencing lembu adalah
perkara biasa bagi mereka kerana percaya ia akan melindungi mereka daripada
jangkitan.
Sesuatu yang sangat mengejutkan,
mereka tidak pernah makan daging haiwan peliharaan mereka, hanya mengambil kebanyakannya susu dan yoghurt.
Mario, dari Jerman, berkata:
'Suku Mundari tidak melihat perbezaan antara manusia dan lembu. Mereka makan,
tidur, dan berjalan bersama. Lembu adalah segalanya untuk mereka - mata wang,
makanan, dan kebanggaan.
Seorang puak Mundari merenung tanduk raksasa yang besar
di Wilayah Sahel, Sudan Selatan
Seorang kanak-kanak dari suku Mundari meminum susu terus
dari puting susu lembu yang menunjukkan hubungan yang luar biasa dengan lembunya
Seorang lelaki Suku Mundari sedang meniup pada alat yang
dibuat daripada tanduk lembu jantan di Sudan di sepanjang Sungai Nil
Pasangan berjalan-jalan melalui kawanan lembu di Sudan
Selatan di mana suku kaum Mundari menggunakan lembu sebagai mata wang
Seorang wanita dari suku Mundari merenung tanduk lembu,
di mana lembu perlu dihormati dan tidak boleh dimakan
Lembu-lembu peliharaan ibarat emas, mempunyai hubungan istimewa, tiada beza antara mereka dengan lembu-lembu peliharaan dan merupakan mata pencarian kaum suku Mundari
0 Comments