Seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh
tahun di India digelar 'manusia ular' kerana badannya dilitupi kulit yang
kering bersisik. Jagannath, yang nama
samarannya tidak diketahui, badannya telah diliputi lapisan kulit kering yang tebal dan
gelap sejak masih bayi lagi. Kulit
Jagannath sentiasa menggelupas kerana ia sangat kering, akibat komplikasi rumit dipanggil itchyosis lamellar.
Dia perlu mandi setiap jam dan
berbaring dengan pelembap beberapa kali sehari untuk mengurangkan kesakitan
disebabkan kulitnya yang kering. Kulitnya
menjadi sangat ketat sehingga dia sering ditinggalkan kerana tidak dapat
berjalan dengan baik, dan memerlukan tongkat untuk membantunya merentangi
anggota badannya.
Lamichar ichthyosis berlaku
keatas satu dalam 200,000 orang dan merupakan salah satu daripada 20 jenis
ichthyosis. Ichthyosis disebabkan oleh
gen yang rosak, yang boleh mempercepat atau melambatkan kadar normal di mana
kulit menjadi regenerasi. Dalam
kedua-dua kes, ia menyebabkan pembentukan kulit kasar dan bersisik yang
disamakan dengan sisik ikan atau reptilia.
Lamella ichthyosis dapat
dikesan sejak dari lahir, dimana kulit tubuh bayi diliputi lapisan yang dipanggil membran collodion.
0 Comments