Tentu anda tertanya-tanya
kenapa perlu buang kuali sedangkan ia boleh dipakai sampai bila-bila. Salah satu punca kenapa kita
kena tukar adalah kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan. Apa-apa yang boleh
mempengaruhi kesihatan perlu diuruskan dengan baik (dibuang).
Tiada siapa yang mahu
didiagnosis dengan masalah kanser hanya kerana menggunakan kuali yang bercalar
bukan?
Permukaannya Bercalar
Kuali tidak melekat sering
menjadi pilihan para ibu di dapur pada masa kini. Ini kerana ia mudah digunakan dan tidak susah
untuk dibasuh. Namun, jika anda
menggunakan peralatan yang tidak bersesuaian dengan permukaannya, ia boleh
menyebabkannya bercalar. Tidak boleh gunakah kalau ia bercalar?
Boleh tetapi ada risiko
kesihatan yang mungkin boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda. Sebagai contoh, kesan perfluorooctanoic acid
(PFOA) dan polytetrafluoroethylene (PTFE).
Kedua-dua bahan tersebut digunakan dalam pembuatan kuali tidak
melekat. Ini kerana bahan tersebut
mempunyai tahap kerintangan yang tinggi terhadap haba, air dan minyak. Ia juga membuatkannya tidak melekat dengan
makanan yang digoreng.
Suatu ketika dahulu, PFOA
sering digunakan sebagai bahan utama pada lapisan permukaan kuali.
Namun ia telah dikenal pasti
sebagai bahan yang boleh menyebabkan masalah kanser. Bahan tersebut kemudiannya ditukar kepada
PTFE. Berbanding dengan PTFA, PTFE telah
dibuktikan dengan pelbagai kajian yang menunjukkan ia tidak berbahaya untuk
kesihatan manusia. Namun isu keselamatannya
masih diragui memandangkan ia boleh bertukar menjadi wap apabila dipanaskan
pada suhu tertentu. Jika kuali yang
digunakan masih mempunyai PFOA, ia boleh meningkatkan risiko pengguna untuk
mendapat kanser.
Permukaannya Terhakis Menampakkan Lapisan Bawah
Pernah tak anda terfikir
kenapa kuali tidak melekat ini agak berat berbanding dengan yang lain? Ini
disebabkan oleh ia mempunyai banyak lapisan bagi memastikan proses pemanasan
yang baik dan sama rata. Kuali tidak
melekat yang murah mempunyai lapisan yang sedikit berbanding dengan yang
mahal. Jika ia sudah mempunyai hakisan
sehingga ada permukaan yang seakan-akan diperbuat daripada tembaga, tukarnya
dengan yang baru. Penggunaan tembaga
dalam pembuatan kuali memberikan manfaat terhadap proses memasak makanan.
Namun, jika makanan tersebut
bersentuhan secara terus dengan bahan ini, ia akan menyebabkan simptom yang
seakan-akan dengan keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan
sebagainya.
Permukaannya Sudah Meleding
Ini tidak menyebabkan masalah
berkaitan kesihatan tetapi akan mempengaruhi kualiti makanan anda. Jika anda sering membasuh kuali anda sesudah
memasak secara serta-merta ia boleh menyebabkan fenomena kejutan termal. Keluli di dalamnya akan mengembang apabila
panas dan mengecut apabila sejuk.
Jika meleding, ia tidak mempunyai penyebaran haba yang sama rata. Akibatnya, jika anda memasak telur, ada
bahagian yang cepat masak dan ada yang belum.
Kesimpulannya, beli yang baru
jika anda sudah menggunakan kuali anda untuk masa yang lama.
Kuali tidak melekat yang mempunyai
kerosakan pada permukaannya boleh menyebabkan masalah kesihatan. Jika anda prihatin dengan tahap kesihatan
anda, ambil perhatian kepada perkara ini kerana ia sering dipandang remeh.
Artikel ini diterbitkan di
hellodoktor.com dan disemak ole Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak
memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. [msn.com]
0 Comments