Anak-anak yang masih kecil dan
sedang aktif, biasanya akan menjadikan dinding rumah sebagai tempat untuk meluahkan
hasil bakat kreatif mereka dengan dengan coretan atau contengan.
Sebagai ibu bapa sudah pasti
menjadi masalah dengan kesan contengan tersebut. Membersihkan coretan tersebut bukan hanya
menggunakan air dan kain lap saja, anda perlu menggunakan bahan-bahan lainnya. Cara menghilangkan kesan conteng di dinding
sebenarnya tidak begitu sukar kerana ia boleh saja menggunakan bahan-bahan yang mudah ditemui di
rumah. Anda gunakan saja berbagai bahan
yang sedia ada di rumah seperti pasta gigi, baking soda, hingga kelengkapan
mandi berbahan kimia. Berikut beberapa
cara mudah membersih contengan pada dinding ruma anda yang di salin dari
berbagai sumber;
Ubat Gigi
Kandungan kalsium karbonat,
dikalsium fosfat dihidrat dan magnesium trislikat pada ubat gigi, rupa-rupanya
sangat berkesan untuk membantu menghilangkan coretan marker, krayon, pulpen
atau pensil pada dinding rumah.
Sapukan sedikit pasta gigi
putih secara merata menggunakan kain langsung di atas coretan marker. Sebaiknya
jangan menggunakan pasta gigi berjenis gel. Pasta gigi putih yang murah biasanya
akan memberi kesan tindakan lagi baik.
Cairkan pasta gigi dengan
menambahkan sedikit air. Kemudian sapukan pada contengan. Biarkan selama 5-10
minit. Gosok coretan dengan kain secara putaran untuk. Bersihkan sisa-sisa pasta gigi dengan kain lembap.
Baking Soda
Sebagai bahan soda bikarbonat
yang bersifat bes, soda kuih atau baking soda amat berguna untuk menghilangkan
coretan pada dinding rumah.
Gunakan span pencuci yang
kasar (biasanya berwarna hijau). Lembapkan span dan tuangkan sedikit baking
soda di atasnya. Tempelkan span pada dinding yang berconteng dan gosok perlahan
menggunakan gerakan memutar. Bilas dan ulang proses, bergantung kepada tebal
garis dan warna contegan.
Cuka
Cuka sebenarnya merupakan
salah satu penyedap rasa dalam setiap masakan. Namun, kandungan asam asetit
yang ada di dalamnya memiliki pelbagai manfaat, termasuk dalam membersihkan
dinding dan perabot rumah.
Untuk membersihkan dinding dengan
cuka, anda masukkan cuka ke dalam botol spray. Sembur pada coretan dinding, dan
sapu dari bawah ke atas.
Cat
Langkah terakhir Jika coretan
terlalu banyak, dan kaedah yang disebutkan di atas tidak berhasil menghilangkan
contengan, tidak ada jalan lain kecuali mengecat dengan mengecat semula
dinding.
0 Comments