Baru-baru ini negara terbesar
di dunia yang tidak memiliki sungai ini diseliputi salji. Walaupun bukan yang
pertama kali, fenomena ini tetap menjadi fenomena yang jarang-jarang berlaku di
Arab Saudi. Fenomena seperti ini pernah terjadi pada tahun 2016, 2018, dan juga
baru-baru ini salji turun di Tabuk, Arab Saudi.
Salji telah turun di Tabuk
sejak 10 Januari 2020 dan menjadi tumpuan media seluruh dunia. Tabuk adalah
sebuah wilayah yang dihuni oleh sekitar 500
ribu penduduk dan bersempadan dengan Jordan. Wilayah ini terletak cukup jauh
dari ibu kota Riyadh dengan jarak 1005 km.
Selain Tabuk, Madinah juga
pernah mengalami hujan salji pada 2016. Sekarang ini suhu di negara penghasil
minyak terbesar ini berada di bawah 10 darjah celsius. Fenomena ini juga adalah disebabkan Selatan Eropah sedang mengalami suhu dingin di mana wilayah Selatan Arab berhampiran dengan negara-negara Selatan Eropah.
Para ahli pakar menyatakan bahawa fenomena salji lebat ini juga disebabkan kerana terjadinya ribut kuat sehingga 120 batu sejam dari Laut Merah mendorong udara sejuk menuju jauh ke Selatan.
1. Daerah Arab Saudi yang
mengalami hujan salji cukup lebat adalah daerah Tabuk, Jabal Al Lawz, Al-Daher,
dan pergunungan Alqan. Wilayah tersebut kini menjadi destinasi pelancong
bersalji di Arab.
2. Fenomena salji di Arab
Saudi dan beberapa negara lainnya di Timur Tengah merupakan sebuah anomali (sesuatu
bertentangan) kerana biasanya udara dingin tidak terdorong terlalu jauh ke
daerah selatan.
3. Sementara Arab Saudi dan
Timur Tengah berada di sebelah selatan Eropah yang sedang mengalami suhu
dingin.
4. Kehadiran fenomena yang
jarang-jarang berlaku ini malah disambut warga tempatan yang mengambil peluang menghabiskan
waktu bermain-main di atas salji.
5. Terlihat juga sejumlah unta
diselimuti salju dan foto lain memperlihatkan gurun pasir yang berubah warna
menjadi putih.
6. Selain di Arab Saudi, salji
juga turun di Lebanon, Syria, dan Iran. Bahkan di beberapa wilayah Iran tumpukan
salji mencapai ketebalan 1.2 meter.
7. Para ahli mengungkapkan bahawa
fenomena salji lebat ini juga disebabkan kerana terjadinya ribut kuat sehingga
120 batu sejam dari Laut Merah.
(Apa saja berlaku semuanya itu adalah atas perancangan dan kuasa Allah swt ...tiada yang mustahil bagiNya)
(Apa saja berlaku semuanya itu adalah atas perancangan dan kuasa Allah swt ...tiada yang mustahil bagiNya)
0 Comments