Anak perempuan sulung Bill Gates dan Melinda Gates yang berusia 23 tahun, mengumumkan pada dalam Instagramnya pada hari Rabu, bahawa
dia akan berkahwin dengan jutawan muda Mesir, juga seorang fellow equestrian, Nayel Nassar.
Hubungan Nayel Nassar dengan Jenifer nampaknya mendapat lampu hijau daripada Bill Gates dan isterinya. Berita pertunangan anaknya menjadi berita gembira buat Gates dan isteri.
Dalam gambar yang disiarkan
dalam akaun Instagramnya telah diambil ketika pasangan itu sedang melakukan
perjalanan ski. Jenifer kelihatan terkejut dan begitu gembira dengan lamaran daripada
Nayel Nassar yang juga merupakan seorang Show Jumper terkemuka dunia.
Jenifer Gates dilahirkan di
Medina, Washington dan baru-baru ini telah menamatkan pengajian ijazah biologi di Stanford University dan kini
menjadi pelajar medik.
Apabila dia dalam cuti smester, dia menghabiskan masanya untuk travel dengan Nassar sejak
lebih dari empat tahun sebelum pertunangan.
Nassar, 28, dibesarkan di
Kuwait, juga belajar di Stanford University mengambil ijazah dalam bidang pengurusan
dan ekonomi. Dia juga adalah selebriti acara Show Jumper Ekuestrian yang terkenal di
peringkat antarabangsa. [dailymail]
0 Comments