Menahan kencing mungkin
merupakan masalah remeh yang jarang diperhatikan. Seseorang sanggup menahan
kencing kerana terlalu sibuk, menonton filem, terperangkap dalm kesesakan jalan
raya, atau tidak menemui toilet.
Kapasiti kandungan pundi
kencing normal adalah sekitar 2 gelas cairan malah lebih sedikit untuk anak.
Pundi kencing dapat meregang untuk menahan lebih dari ini, tetapi melakukannya
terlalu kerap menyebabkan berbahaya bagi kesihatan.
Jika sesekali menahan kencing
mungkin tidak akan menimbulkan masalah, tetapi ada beberapa efek yang tidak
diinginkan jika menjadi kebiasaan. Namun komplikasi boleh berlaku akibat kerap
menahan kencing bukan saja menganggu kesihatan saluran kencing, menahan kencing
juga boleh menjejaskan kesihatan pada ginjal. Akibatnya beberapa penyakit akan datang
jika sering menahan kencing. Berikut
penyakit yang akan muncul akibat terlalu kerap menahan kencing, dirangkum dari
berbagai sumber;
Infeksi Saluran Kencing
Sering menahan kencing menyebabkan
infeksi saluran kencing. Dalam
beberapa kes, menahan kencing terlalu lama menyebabkan bakteria berkembang
biak.
Jika anda tidak mengosongkan pundi
kencing secara teratur, bakteria lebih cenderung menetap dan berkembang biak di
dalam pundi kencing. Bakteria yang mungkin sudah ada dalam sistem saluran
kencing kemudian berkembang biak, berpotensi menyebabkan infeksi.
Gejala infeksi saluran kencing
meliputi sensasi terbakar atau menyengat ketika buang air kecil, nyeri pada bahagian
bawah perut, dorongan konstan untuk mengosongkan pundi kencing, urin yang kuat
atau berbau busuk, urin keruh, urin gelap secara konsisten dan urin berdarah.
Inkontinensia Urin
Disfungsi buang air kecil atau
inkontinensia urin merujuk kepada sekelompok gejala klinis yang melibatkan
pundi kencing, sfingter urin, uretra dan prostat. Keadaan ini membuatkan
seseorang tidak dapat menahan buang air kecil.
Koordinasi yang buruk antara otot pundi kencing dengan uretra ini membuat
seseorang bermasalah semasa buang air kecil.
Batu Kemih
Batu pada pundi kencing adalah
massa mineral keras. Batu ini berkembang ketika mineral terkonsentrasi dalam
urin membentuk kristal dan membentuk batu. Batu Kemih bisa terjadi ketika
seseorang sering menahan kencing. Batu kandung kemih dapat berkembang ketika
pundi kencing anda tidak benar-benar kosong. Ini menyebabkan urin menjadi urin
pekat, dan kemudian membentuk kristal dan membentuk batu.
Batu Ginjal
Menahan kencing menyebabkan
batu ginjal terbentuk pada orang yang memiliki kandungan mineral tinggi dalam
urin mereka. Kencing sering mengandungi mineral seperti asam urat dan kalsium
oksalat. Jika tidak segera dikeluarkan, kandungan ini akan kembali ke atas dan
membentuk batu ginjal. Batu ginjal
adalah hasil dari penumpukan mineral terlarut di lapisan dalam ginjal. Batu
ginjal biasanya berasal dari ginjal. Namun, mereka dapat berkembang di mana-mana
saja di sepanjang saluran kencing seperti ureter dan pundi kencing.
Batu-batu itu mungkin kecil
tetapi ianya menyebabkan rasa sakit yang luar biasa ketika mereka meninggalkan
tubuh.
0 Comments