Kebanyakan orang pernah menerima
wang kertas yang telah koyak atau rosak menyebabkan wang tersebut
tidak laku diguna pakai dalam urusan jual beli. Banyak kedai suka mengelak dari menerima
wang yang rosak tambahan pula mesin automatik tidak menerima wang kertas yang cacat.
Bagaimanapun, adakah anda tahu
bahawa jika anda mempunyai Ringgit Malaysia yang koyak, kotor, atau rosak, anda
boleh menukarnya di Bank Negara Malaysia (BNM) secara percuma?
BNM mempunyai dasar yang
membolehkan anda menukar wang kertas dan syiling yang dianggap "tidak sesuai
untuk edaran". Bergantung kepada jenis kerosakan wang anda, BNM akan
memberi anda jumlah yang sepadan dengan nilai wang. Dasar ini telah wujud sejak
sekian lama, dan baru-baru ini telah disiarkan dalam The Malay Mail.
Anda boleh menukar wang kertas
Malaysia yang telah robek, berselotape, terbakar atau dimakan oleh anai-anai, mereput,
berconteng, dan sebagainya.
Secara amnya, BNM akan
menentukan nilai pertukaran wang kertas yang tidak sesuai berdasarkan dua
faktor:
i. saiz wang kertas yang rosak dan
ii. tahap kerosakan yang
dikenakan
Manakala berdasarkan kepada saiz
kerosakan, BNM mematuhi garis panduan berikut:
i. Pampasan bernilai penuh untuk wang kertas
yang lebih daripada dua pertiga daripada saiz asal
ii. Separuh nilai daripada wang yang antara separuh hingga dua pertiga
daripada saiz asal
iii. Tiada nilai untuk
sebarang wang yang kurang daripada dua
pertiga daripada saiz asal.
Untuk wang kertas yang cacat,
nilai penuh hanya akan diberikan kepada wang kertas dengan kerosakan kecil.
Sekiranya terdapat tahap kecacatan yang signifikan, seperti berconteng, rosak
pada bahagian gambar Yang di-Pertuan Agong atau sejumlah besar pada not itu,
tiada nilai akan diberikan sebagai pertukaran.
Bagi duit syiling pula, nilai
muka akan diberikan jika reka bentuknya dapat dikenali.
Selain cawangan Bank Negara
Malaysia, anda juga boleh menukar mata wang rosak di bank biasa jika anda
merasa lebih mudah. Walaupun kebanyakan bank menyediakan perkhidmatan ini
secara percuma, sesetengah bank mungkin mengenakan bayaran untuknya.
Anda boleh mengetahui lebih
lanjut dengan merujuk kepada garis panduan rasmi Bank Negara Malaysia mengenai
Piawaian Kualiti untuk Mata Wang Malaysia.
0 Comments