Hidupan liar dianggap sangat kejam,
seperti hari-hari biasa di savannah tetapi sesuatu yang luar biasa berlaku
diluar jangkaan. Seekor singa betina sedang kelaparan sedang berburu di savanah telah berjaya menangkap seekor
babon betina sedangkan masih terdapat bayi babon berpaut pada tubuh
ibunya. Walaupun ibunya terkulai menjadi
mangsa kebuasan singa betina itu, namun bayi babon tetap tidak mahu melepaskan
ibunya, terus berpaut pada tubuh ibunya.
Apakah yang anda harapkan seterusnya😩
Jurugambar hidupan liar Evan
Schiller dan isterinya, Lisa Holzwarth menyangka mereka akan memotret momen
kematian tetapi sebaliknya apabila singa betina melakukan sesuatu yang luar
biasa. Bukan sahaja dia tidak makan bayi babon, perlahan-lahan ia melepaskan genggaman
dan mengambilnya disampingnya.
Kemudian singa betina itu mengambil bayi itu ke arah
mulutnya, Evan terus mematikan video kameranya kerana tidak sanggup untuk terus
merakamnya.
Secara perlahan-lahan singa melepaskan bayi babon. Bayi
babon yang ketakutan meninggalkan ibunya, cuba memanjat pokok berhampiran. Apa yang terjadi seterusnya lihat momen indah yang jarang-jarang berlaku sempat dirakam oleh Evan.
Singa betina sentiasa memastikan bayi babon berada di sampingnya bagi mengelakkan diganggu oleh pemangsa lain
Seca tiba-tiba singa jantan cuba menghampirinya untuk mendapatkan bayi babon, namun ia segera menghalau singa jantan dan cuba melindunginya.
Seekor babon jantan yang sedang memerhatikan kejadian tersebut dari atas pokok berdekatan, ia melihat saat ini adalah peluang untuk menyelamatkan bayi dari singa itu. Dia melompat masuk, memaut bayi itu dan membawanya ke atas pokok
Bayi babon masih berpeluang untuk meneruskan kehidupaan bersama kawanan babon😊
0 Comments