Apabila seseorang mengeluh
kerana sakit pinggang, biasanya dikaitkan dengan masalah pada ginjal. Ginjal
letaknya dekat pinggang, ia dipanggil juga buah pinggang. Sebenarnya tidak semestinya semua penyakit
ginjal ditandai dengan gejala sakit pinggang.
Malah banyak orang yang sakit ginjal tetapi sama sekali tidak merasa sakit
pada pinggangnya.
Meskipun begitu, bagi orang
menghadapi masalah sakit batu ginjal memang biasanya mengeluh sakit pada bahagian
pinggang. Penyakit ginjal yang satu ini merupakan penyakit yang paling mudah
disembuhkan sepenuhnya dibandingkan masalah ginjal yang lainnya.
Penyakit ginjal itu sangat
kompleks, mungkin saja kerana disebabkan hipertensi atau diabetes.
Secara fisiologi, ginjal
adalah organ tubuh yang berfungsi membersihkan aliran darah dengan bekerja
sebagai penapis untuk mengeluarkan air dan produk sisa dari tubuh.
0 Comments