Subscribe Us

Resort Sea Gypsy Village Pulau Sibu Mengasyikkan

Pulau Sibu adalah sekumpulan pulau yang terletak di Pantai Timur Negeri Johor.  Kepulauan Sibu terdiri daripada Sibu Besar, Sibu Tengah, Sibu Hujung, Pulau Kukus, Pulau Tinggi, Pulau Mentigi dan Pulau Lima. Pulau-pulau ini terletak 3 km hingga 4 km jauhnya dari tanah besar dan biasanya mengambil masa 30 minit dengan bot laju dari Jeti Tanjung Leman.


Pulau-pulau ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan pada masa cuti sama ada sendirian atau bersama keluarga.   Anda akan dapat menikmati keindahan matahari terbenam, terumbu karang, kehidupan marin, pantai berpasir dengan air lautnya yang jernih. Pulau-pulau di sini ini telah diwartakan sebagai Taman Laut pada tahun 1993 untuk mengekalkan  peninggalan kehidupan marin di sini.


Apakah pilihan anda untuk menginap di pulau Sibu.  Banyak resort atau hotel tersedia di pulau ini dengan kadar sewa yang berpatutan.



Sea Gypsy Village Resort, merupakan sebuah resort pulau tropika yang dikelilingi oleh hutan dengan pantai berpasir yang indah, dan selamat. Ia sesuai untuk keluarga dan pasangan yang ingin melarikan diri dari tekanan kerja.  Anda boleh rehatkan minda sambil santai seperti yang anda mahukan seperti snorkel terumbu karang, menyelam, mengembara ke puncak yang mengasyikkan atau menikmati pantai yang menakjubkan.
Anda perlu melalui Jeti Tanjung Leman untuk menuju ke Pulau Sibu. Dari kota Tinggi anda teruskan perjalanan ke Felda Tenggaroh menuju ke Jeti Tanjug Leman.  Anda akan menaiki bot yang sedia menunggu untuk membawa anda ke Pulau Sibu.


Sea Gypsy Village Resort mempunyai pelbagai pilihan penginapan untuk memenuhi keperluan anda. Bilik-bilik yang disediakan menjanjikan kepuasan menghadap pantai. Antara tempat penginapan yang disediakan;


Chalet Malay Authentic
Chalet satu bilik dengan katil saiz King serta bilik mandi dan beranda. Ruang chalet yang cukup untuk memuatkan katil tambahan.  Harga dari RM150 - RM470


Authentic 2 Room Family Chalet
Chalet keluarga mempunyai 2 bilik, satu bilik dengan katil bersaiz king dengan 2 katil bujang secara berasingan di bawah satu kelambu. Terdapat juga ruang untuk katil di salah satu bilik. harga RM1100



Traditional Malay A Frame Chalet
Agak lapang dan mempunyai banyak ruang boleh memuatkan 3 katil menjadikan.  1 katil saiz king dengan 2 katil bujang yang disediakan berasingan di bawah satu kelambu, memastikan tidur malam yang nyaman dan selesa. Bilik mandi lengkap dengan shower, tandas Eropah. Harga dari RM243-RM375

Post a Comment

0 Comments