Pla Kapong Neung Manao, atau
ikan barramundi Thai yang dikukus dengan sos limau, adalah hidangan makanan
laut kegemaran ramai di Thailand. Buat saja resipi ini di rumah dan nikmati masakan ikan kukus sebenar!
Author : Mark Wiens
Jenis resipi: Thai
Masakan: Thai
Hidangan: 1 ekor ikan (
siakap/jenahak )
Bahan-bahan untuk ikan:
1 ekor ikan , kira-kira 1 atau 2
kilo (atau apa sahaja saiz yang anda boleh dapatkan), siang ikan dan bersihkan
5 batang serai, separuh bawah
sahaja, pecah, dan potong
1 cawan chicken stock atau
fish stock (segar atau dalam tin)
2 sudu gula halus
8 sudu jus air limau
6 sudu sos ikan (inilah sos
ikan pilihan saya)
2 kepala bawang putih,
dicincang
Cili Thai secukup rasa, cincang
halus
20 - 25 tangkai cilantro,
dicincang
1- 2 batang saderi Cina,
dipotong menjadi kepingan 1 inci
Arahan;
Pastikan ikan anda dikelar
berskala 3 pada setiap sisi ikan. Potong bahagian atas serai, ketuk, dan masukkan
serai ke dalam rongga ikan yang dikelar.
Stimkan ikan ke atas air mendidih yang tinggi
selama 10 - 15 minit bergantung pada saiz ikan anda.
Panaskan chicken stock dalam
periuk sehingga mendidih, dan kemudian tuangkan gula, kurangkan haba, dan
rebus sehingga gula larut sepenuhnya. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk dan
sisihkan.
Kisar bawang putih, cili, dan
ketumbar, dan campurkan ke dalam sup stok ayam, bersama dengan sos ikan dan jus
limau. Kacau perlahan-lahan dan kemudian uji rasa. Pastikan ia masam, dan
seimbang dengan sedikit rasa manis.
Apabila ikan telah dikukus
sepenuhnya, letakkan ikan tadi ke atas pinggan hidangan dan hiaskan dengan
seledri Cina. Perlahan-lahan tuang semua
sos di atas ikan, letakkan bawang putih dan cabai yang telah dicincang di bahagian
atas ikan. Pastikan anda makan dengan
nasi kukus
0 Comments