Pernah makan biskut tapai
goreng? Anda harus mencuba membuat biskuit tapai goreng yang sangat sedap, lain
dari yang lain. Teksturnya rangup di bahagian luar dan lembut di dalamnya.
Cara membuatnya sangat mudah, bahan-bahannya
juga sangat mudah didapatkan. Berikut resepi biskuit tapai goreng seperti
disalin dari Cookpad Indonesia;
Bahan-bahan untuk membuat biskuit tapai:
1 bungkus biskut keping
400 gram tapai ubi
1 butir telur
5 sdm tepung gandum
3 sdm mentega
3 sdm gula putih
Sedikit garam
Langkah 1
Haluskan tapai dengan garpu
sampai lembut, kemudian campurkan semua bahan, kecuali biskut. Adun sehingga rata.
Langkah 2
Ambil biskut, ambil isian
tapai yang telah diadun dan tutup atasnya dengan biskut.
Langkah 3
Goreng biskut yang sudah diisi
tapai dengan api kecil sampai berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan
panas-panas.
Anda juga boleh mencuba resepi yang lain dengan merujuk video di bawah. (liputan6.com)
0 Comments