Subscribe Us

Muzium Sejarah Gunung Jerai


Muzium Sejarah Gunung Jerai terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Kedah. Ia terletak di bawah kuasa kerajaan negeri yang mengawal hasil hutan.

Muzium ini terletak bersebelahan Muzium Perhutanan Gunung Jerai di pintu masuk Hutan Lipur Sungai Teroi Gunung Jerai, yang terletak di kawasan Gunung Jerai yang merupakan puncak tertinggi di Negeri Kedah.

Alamat:
Jalan Gunung Jerai,
08300 Yan,
Kedah.

Waktu Operasi:
9.30 pagi - 4.30 petang (Ahad-Khamis)
9.30 pagi - 3.30 petang

Tutup (Jumaat, Sabtu & Cuti Umum)
Masuk adalah percuma


Sudut-sudut pameran di muzium ini tersusun dan dihias dengan cantik dan menarik sekali.  Antara kesan sejarah Gunung Jerai yang dipamerkan ialah;

  • Gunung Jerai digunakan pedagang Parsi, Arab, Cina dan India sebagai panduan berdagang di Kedah.
  • Mengikut sejarah batu itu berasal dari kapal Maharaja Mergong Mahawangsa yang disumpah Sang Kelembai ketika berlabuh di Pulau Jerai yang juga nama asal gunung berkenaan.
  • Hidupan flora dan fauna, pelbagai spesies hidupan seperti orkid, serangga akuatik, rama-rama, katak, burung, periuk kera dan tumbuhan herba.
  • Bahan-bahan geologi yang menarik termasuk batu-batan berwarna warni, garnit, garnet dan monazit.

Sila saksikan foto- foto menarik muzium ini.  Sila klik gambar untuk besarkan



Catat Ulasan

0 Ulasan