Muzium Perhutanan Gunung Jerai terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Kedah. Ia terletak di bawah
kuasa kerajaan negeri yang mengawal hasil hutan.
Muzium Perhutanan ini terletak di pintu masuk Hutan Lipur Sungai Teroi Gunung Jerai, yang terletak di
kawasan Gunung Jerai yang merupakan puncak tertinggi di Negeri Kedah.
Bangunan Muzium Perhutanan
Gunung Jerai dibina menggunakan hampir keseluruhan daripada kayu dalam bentuk
rumah Melayu tradisional. Muzium ini mempamerkan
maklumat terperinci pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan mengenai ekologi
sekitar, menerangkan pelbagai pokok hutan di kawasan itu. Di satu bahagian,
anda boleh melihat sudut tentang pelbagai pokok. Terdapat juga maklumat
mengenai air terjun dan hutan rekreasi yang terletak di sekitar Gunung Jerai, flora dan fauna.
Pengunjung turut dapat melihat
pelbagai tumbuhan di Hutan Lipur Sungai Teroi termasuk tumbuhan perubatan
tradisional seperti pokok Cina Maki, kelat (Syzygium spp) gelam, Tongkat Ali,
Kacip Fatimah, Mata Pelanduk dan sebagainya. Terdapat juga beberapa tumbuhan
yang jarang dijumpai di tempat lain seperti orkid liar dan periuk kera yang
hidup subur tanpa gangguan.
Muzium Perhutanan ini di buka
untuk para pengunjung bagi tujuan pendedahan terhadap perkembangan dan peranan
hutan ke atas kehidupan manusia sejagat.
Alamat:
Jalan Gunung Jerai,
08300 Yan,
Kedah.
Waktu Operasi:
9.30 pagi - 4.30 petang (Ahad-Khamis)
9.30 pagi - 3.30 petang
Tutup (Jumaat, Sabtu & Cuti Umum)
Masuk adalah percuma
Sila saksikan foto- foto menarik muzium ini. Sila klik gambar untuk besarkan
Sila saksikan foto- foto menarik muzium ini. Sila klik gambar untuk besarkan
0 Comments