Manusia merupakan makhluk ciptaan
Tuhan yang paling sempurna dan unik. Setiap bahagian tubuh manusia mempunyai
keistimewaan serta fungsi masing-masing.
Menurut sesetengah petua orang-orang tua yang berpengalaman bentuk
anggota tubuh badan manusia juga menentukan seperti apa keperibadian orang
tersebut, umpamanya jari kaki.
Tidak hanya dari wajah, bentuk
kaki juga menyimpan rahsia serta menjadi petunjuk karakter yang dimiliki
seseorang. Disalin dari Mobilelikez serta beberapa sumber, berikut keperibadian
seseorang dilihat dari bentuk jari kakinya.
Sila rujuk gambarajah di atas.
1. Tiga jari kaki miliki
panjang yang sama
Bentuk jari kaki seperti ini
biasanya disebut sebagai Roman Foot. Ciri-cirinya ibu jari , jari telunjuk, dan
jari tengah kaki lebih panjang daripada jari manis serta jari kelingkingnya.
Orang yang memiliki jari kaki seperti ini dikatakan sebagai seorang yang ekstrovert. (orang yg berminat terhadap
hal yg berlaku di sekitarnya (di luar dirinya, dan tidak mengikut emosi) serta
suka bergaul dgn orang lain, orang yg berfikiran terbuka)
2. Semua jari kaki memiliki
panjang yang sama
Orang yang memiliki jari kaki
dengan panjang yang sama berarti orang tersebut dapat dipercayai. Bukan itu
saja, mereka dikatakan sebagai orang yang masuk akal dan rasional serta dapat
membuat keputusan besar dengan baik.
3. Jari telunjuk paling
panjang
Bentuk kaki yang memiliki
ciri-ciri jari telunjuk yang lebih panjang dikenali dengan sebutan Kaki Api.
Biasanya orang yang memiliki kaki seperti ini mempunyai keperibadian yang
atletik, artistik, dan sangat percaya diri.
4. Kaki menurun
Orang yang memiliki jari kaki seperti
ini, ibu jari kaki yang lebih panjang dan semakin pendek hingga ke kelingking menandakan
ia memiliki keperibadian yang moody. Namun dirinya dikatakan dapat menjaga
rahsia.
Artikel yang berkaitan ini hanya berdasarkan petua, pengalaman dan pengamatan daripada orang lama semata-mata, tiada bukti dan rekod yang jelas. Nasihat orangmuo, baca boleh tetapi jangan percaya sepenuhnya.
Artikel yang berkaitan ini hanya berdasarkan petua, pengalaman dan pengamatan daripada orang lama semata-mata, tiada bukti dan rekod yang jelas. Nasihat orangmuo, baca boleh tetapi jangan percaya sepenuhnya.
0 Comments