Tanpa kita sedari aktiviti sihat
seharian yang memang biasa dan sering dilakukan merupakan kaedah terbaik dan mudah
untuk seseorang yang ingin mengurangkan atau mengawal berat badan. Tidak perlu ‘repot’
untuk melakukan diet ketat, melakukan kebiasaan sihat ini jauh lebih baik
dibandingkan diet kerana dengan menerapkan kebiasaan sihat ini, untuk medapatkan berat badan
ideal bukan sesuatu yang mustahil lagi.
Kebiasaan sihat yang dimaksudkan
adalah aktiviti sederhana yang dapat dilakukan sehari-hari. Pokoknya ada pada pola hidup sihat yang patut
untuk dicuba.
Berikut kebiasaan sihat
menurunkan berat badan untuk anda yang sedang dalam program mengurangkan berat
badan dari berbagai sumber;
Berjalan 10 000 langkah setiap hari
Cubalah berjalan kaki 10 000
langkah setiap hari sama ada pagi atau petang mengikut kesesuaian masa lapang
anda. Dengan berjalan kaki, kalori pada tubuh anda akan terbakar. Aplikasi pada
telefon pintar anda dapat membantu memantau berapa banyak langkah yang anda
tempuh setiap hari.
Tidur yang cukup adalah
segalanya bagi anda yang ingin hidup sihat. Jika waktu tidur anda kurang dari
jumlah masa tidur normal yang sepatutnya, berbagai masalah kesihatan akan
menghantui anda terutamanya ia adalah punca kelebihan berat badan.
Minum Cukup Air Masak
Pastikan tubuh anda terhidrasi
secara optimum. Minumlah air putih atau air masak sebanyak yang anda inginkan
tetapi awas bagi pengidap sakit jantung tidak dibenarkan minum berlebihan
kerana ini akan menyebabkan fungsi jantung terjejas. Anda juga boleh
menggantikan dengan makan buah-buahan seperti lemon, strawberi, atau timun
sebagai infused water.
Air putih dapat menutralisi racun
dalam tubuh. Jauhi minuman bersoda dan berkadar gula tinggi.
Pilihlah Makanan Yang Dikukus
Pilih makanan yang dikukus
atau dipanggang daripada makanan yang digoreng. Menikmati kentang goreng tidak menjadi
masalah jika sesekali. Namun makanan yang dikukus atau dipanggang adalah
pilihan yang lebih sihat untuk kesihatan tubuh dan kulit anda. Selain itu kolestreol anda akan terjaga
dengan mengambil makanan ini.
Jauhi TV Dan Gadget Saat Makan
Hindari menonton TV atau
bermain gadget ketika makan. Dengan mematikan TV atau gadget semasa anda sedang
makan, otak anda akan menyedari bila anda akan kenyang. Sebaliknya, jika anda
makan sambil menonton TV atau main gadget otak anda tidak akan mengenali rasa
kenyang yang ada. Akibatnya anda akan makan dengan jumlah berlebihan.
Masak di Rumah
Pilihlah untuk memasak dan
makan di rumah. Selain dapat menjimatkan perbelanjaan, makan dan memasak di
rumah juga akan membawa anda pada pola hidup sihat.
Jika memasak sendiri, anda
tahu apa bahan masakan yang masuk ke dalam makanan anda, dan anda juga
mengetahui langsung bagaimana makanan itu dimasak.
Dengan masak sendiri dirumah,
anda dapat mengawal jumlah kalori dan nutrisi pada makanan anda.
Selamat mencuba dan amalkan
selalu. Semoga anda memiliki tubuh yang
sihat, cergas dan menarik.
0 Comments