Subscribe Us

Jilatan Kucing Untuk Menyembuhkan Jerawat

Seorang remaja telah mengamalkan jilatan kucing untuk merawat jerawat pada wajahnya.  Amalan ini dilakukan oleh seorang remaja dari Indonesia pada setiap hari dan telah berlangsung selama 3 bulan.  Hasilnya berkesan. Beruntunglah sesiapa yang ada memelihara miaw di rumah, boleh cuba kaedah rawatan ini. 

Tidak dinafikan bahawa lidah kucing memiliki keupayaan luarbiasa untuk membersih, dan merawat tubuhnya terutama pada bulunya sentiasa bersih daripada kuman. (Lihat video di bawah)


Permukaan lidah kucingdilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, dimana benjolan ini berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.  Justeru, lidah kucing merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria.  Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
(kredit liputan6.com, https://akuislam.com)

Catat Ulasan

0 Ulasan