Jeram Tengkek Terletak di Hutan
Simpan Serting, 30 km dari Pekan Bahau melalui jalanraya dari Pekan Bahau ke
Kuala Pilah atau 75 km dari Seremban. Untuk
sampai ke taman eko-rimba ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri
atau teksi.
Jeram Tengkek merupakan Hutan
Dipterokarp Pamah dan kaya dengan pelbagai faunanya seperti unggas dan
serangga. Sungai Jempol dan Sungai Tanun
yang mengalir deras membentuk beberapa jeram semulajadi yang amat sesuai
sebagai tempat berkelah, bermandi-manda, dan berkhemah.
Batu kecil yang terdapat di
jeram tersebut dahulunya dipanggil sebagai kapok digunakan sebagai kapok padi.
Menurut cerita turun temurun daripada orang dulu-dulu,
terdapat perkampungan bunian di Jeram Tengkek dan pernah dikatakan orang
kampung berhampiran meminjam pinggan mangkuk dengan orang bunian untuk majlis kenduri
kahwin.
Hubungan antara masyarakat bunian dengan penduduk kampung berlangsung
dengan baik untuk beberapa ketika. Malangnya apabila berlaku perselisihan kemungkiran
janji, hubungan ‘sosial kontrak’ antara kedua-dua masyarakat ini telah
terputus. Sejauh mana kebenarannya hanya
penduduk kampung berkenaan saja yang tahu. Hanya Allah swt yang Maha Pencipta dan
yang Maha Mengetahui, tiada yang mustahil bagiNya.
Cuma satu yo yang jadi masalah nak poie joram nih. Sopanjang jalan dokek kampung tu sampai simpang ko joram tengkek, banyak bona bom-bom jangko doh, dah cubo elak-elak bom tu, tapi tokono jugak aduiii mak. Bukan sikit bom jangko tu... ponuh sopanjang jalan hmm... Kalau dapek pihak berkuasa tempatan usahakanlah supayo orang-orang kampung dapek momastikan lombu-lombu poliharaan masing-masing duk dalam kandang, jangan dibiarkan berkeliaran, beghak koncing, tido pun atas jalan rayo. Yolahkan...jalan tu konolah bersih sobab eh untuk keselesaan pelancong atau pelawat nak poie joram Tengkek. Somugo mendapat perhatian pihak berkenaan.
Ni ado sikit gamba-gamba yang sompek den tangkap untuk tatapan semuo. Selamat beriadah bersama famili...
1 Comments