Ikan keli liar dianggap lebih sihat dari ikan lain, kerana keli
biasanya dijual dalam keadaan segar dan hidup. Ikan keli diakui kaya akan
vitamin, mineral, dan asid lemak omega. Ikan keli liar memiliki protein lebih tinggi
daripada protein dalam susu dan daging lainnya. Protein adalah komponen penting
dari setiap sel dalam tubuh. Dalam
protein keli ada asid amino esensial lisin, metionin, dan leusin.
Tubuh kita menggunakan protein
untuk membangun dan memperbaiki jaringan.
Selain itu protein penting untuk membuat enzim, hormon, dan bahan kimia
tubuh lainnya. Protein adalah bahan penyusun tulang, otot, tulang rawan, kulit,
dan darah yang penting.
Salah satu manfaat ikan keli liar sebagai makanan sihat adalah ikan ini sangat rendah merkuri. Ikan keli yang diternak kemungkinan hanya dibiarkan membesar hingga tahap tempoh tertentu sebelum dijual. Ini membuatkan ikan keli tidak berpotensi menelan merkuri di air yang tercemar dan mungkin beracun.
Jika Anda ingin memenuhi
makanan bernutrisi sihat dan murah secara
keseluruhan, anda boleh mendapatkannya melalui khasiat ikan keli liar. Ada banyak
manfaat ikan keli liar. Berikut khasiat dan manfaat ikan keli liar yang dikutip dari rangkuman
berbagai sumber;
Sesuai untuk diet
Manfaat ikan keli juga baik
digunakan dalam diet sihat kerana kaya protein. Protein adalah makanan yang paling
mengenyangkan. Pola makan tinggi protein mengawal rasa lapar, membantu anda
makan lebih sedikit kalori. Ini disebabkan oleh peningkatan fungsi hormon
pengatur berat badan.
Membangun otot
Protein berperanan dalam pembentukan
otot. Oleh itu, makan protein dalam jumlah yang cukup membantu mempertahankan
massa otot dan meningkatkan pertumbuhan otot.
Kuatkan tulang
Ikan keli kaya akan vitamin
dan mineral untuk menguatkan tulang. ikan
keli juga mengandung fosfor yang lebih tinggi dari telur. Fosfor berperanan
membantu kesihatan tulang, gusi dan gigi. Protein dalam keli juga memiliki
manfaat besar bagi kesihatan tulang.
Vitamin B12 pada ikan keli
juga memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang. Kadar vitamin B12 yang
rendah dalam darah ini telah dikaitkan dengan peningkatan risiko osteoporosis.
Cegah anemia
Ketika mengalami anemia, tubuh
tidak memiliki cukup sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke organ vital.
Ikan keli juga merupakan sumber vitamin B12 yang baik. Vitamin B12 berperanan penting
dalam membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.
Sihatkan kulit
Asam lemak omega-3 dalam ikan
keli juga mengandungi DHA yang merupakan komponen struktural kulit. DHA
bertanggung jawab untuk kesihatan selaput sel, yang membentuk sebahagian besar
kulit. Membran sel yang sihat menghasilkan kulit yang lembut, lembab, kenyal,
dan bebas kerut.
Baik untuk kehamilan
Omega-3 dlamikan sangat penting untuk
pertumbuhan dan perkembangan otak pada bayi. Omega-3 ini terdiri daripada DHA
yang menyumbang 40% dari asam lemak di otak dan 60% di retina mata.
Mendapatkan cukup omega-3 semasa
kehamilan amat penting untuk bayi dalam kandungan termasuk kecerdasan,
keterampilan komunikasi dan sosial yang lebih baik.
Kajian menunjukkan bahawa otak
dan sistem saraf janin memerlukan kadar B12 yang cukup dari ibu untuk
berkembang dengan baik. Vitamin D pada ikan keli juga dapat mencegah risiko
preeklampsia dan kelahiran pramatang.
1 Comments
kalau ikan keli ternak tak pernah makan lagi.