Inilah momen paling hebat dan
klasik seorang nelayan mencari rezeki dengan kawanan burung cormoran (burung dendang air)
untuk menangkap ikan besar menggunakan kaedah tradisi yang telah diamalkan
sejak berabad-abad lamanya di Selatan
China.
Jurugambar Julia Wimmerlin,
42, menggunakan kamera kalis air merakam gambar burung-burung akuatik di atas
rakit sebelum melompat ke dalam air yang tenang untuk menangkap mangsa di
Sungai Li di Guilin, China.
Burung Cormoran mempunyai
paruh yang agak panjang dan tebal, terjahan serta pengamatan matanya yang tepat untuk menangkap ikan membantu
nelayan mendapatkan hasil tangkapan yang lebih banyak daripada menggunakan jaring.
Kemahiran serta teknik melatih
cormoran telah diwarisi sejak dari generasi ke generasi berikutnya. Malangnya pekerjaan tradisi ini yang pastinya
akan pupus suatu hari nanti akibat arus pembangunan China moden. Kebanyakan nelayan yang masih menggunakan
kaedah tradisi ini merupakan nelayan yang telah berusia 80-an dan yang paling
muda berusia 60-an.
Sila nikmati gambar-gambar
menarik dan klasik ini. (dailymail.co.uk)
0 Comments