Subscribe Us

Ada Orang Cakap Santan, Nasi Lemak Berkolesterol, Salah Tu Tapi.... (Kevin Zahri)

Baru-baru ini pakar terkenal dalam bidang kecergasan dan kesihatan (health and fitness) Mr Kevin Zahri telah memuat naik ulasan dan penjelasannya  dalam blognya tentang santan dan nasi lemak. Mr Kevin kata ramai yang beranggapan bahawa santan atau durian berkolesterol. Sebenarnya adalah mustahil untuk mana-mana sumber makanan dalam tumbuahan mengandungi kolesterol kerana kolesterol hanya terkandung dalam haiwan dan manusia sahaja.

Jelasnya lagi walaupun makanan berasaskan tumbuhan bebas kolesterol tidak bermakna makanan tersebut terus sihat atau sebaliknya.  Apa yang harus kita perlu ingat ialah;


  • Tumbahan dan buah-buahan mustahil berkolesterol
  • Kolesterol adalah sejenis lemak.
  • Tidak semua lemak berkolsterol.
  • Walaupun santan bebas kolesterol, ia tinggi kandungan lemak (terutamanya saturated fats)
  • 1g lemak = 9kcal

Jelasnya lagi, ada atau tidak kolesterol jangan terus anggap mana-mana makanan sihat atau sebaliknya.  Kolesterol itu sendiri asasnya tidak berbahaya dan semulajadi dalam badan. Apa yang menjadi masalah adalah hasil gabungan daripada pemakanan, stres, glukos darah tinggi, obesiti, gaya hidup dan terlalu banyak kolesterol darah.

Nasi lemak tidak berkolesterol tetapi telur dan ikan bilis ada kolesterol.
Jadi boleh tak makan nasi lemak?
Makan lah.Saya pun makan jugak tapi pastikan ia sebahagian pemakanan yang agak baik dan digabungkan dengan gaya hidup aktif. (Kevin Zahri)

Post a Comment

0 Comments