Demam pada bayi sebenarnya
merupakan suatu gejala. Keadaan ini biasanya menjadi petanda bahawa tubuh bayi
sedang melawan penyakit. Dalam ilmu perubatan, bayi dikatakan mengalami demam
jika suhu tubuhnya mencapai 38 darjah celcius atau lebih.
Cara mengatasi demam pada bayi
perlu dilakukan dengan tenang. Adakalanya demam pada bayi adalah suatu keadaan
yang normal terjadi dan boleh ditangani di rumah. Namun, ibu bapa perlu waspada
jika bayi mengalami demam dengan berbagai gejala lainnya.
Gejala berikut sering dialami pada bayi yang mengalami demam seperti:
- Tiada nafsu makan
- Muntah dan ceret beret
- Tidak responsif
- Badan meruam
- Merengek ketika tidur dan
Kejang
- Sesak nafas atau nafas bayi
berbunyi
-Terlihat tanda-tanda
dehidrasi, seperti mulut kering, tidak ada air mata semasa menangis, atau
kurang kencing.
Sebaiknya anda menggunakan
thermometer untuk mengukur suhu tubuh bayi. Sebagai informasi, suhu tubuh bayi normal
adalah antara 36-37.9 darjah celcius.
Cara mengatasi demam pada bayi
boleh dilakukan di rumah dengan beberapa cara berikut:
Lap atau Mandi Air Hangat
Lap atau mandikan bayi dengan
air hangat suam-suam kuku. Elakkan mandi menggunakan air dingin kerana akan
menyebabkan suhu tubuhnya meningkat.
Tuam
Semasa bayi anda sedang tidur,
tuam di bahagian dahi dengan kain lap basah untuk menurunkan suhu panas pada
bayi, atau letakkan kain lap basah tadi pada celah ketiak dan sekitar celah
paha.
Susu Ibu Atau Susu Formula
Perkara penting ibu-ibu perlu
tahu ialah memastikan tubuh bayi tetap terhidrasi dengan baik. Berikan susu secukupnya sama ada susu ibu
atau susu formula. Pastikan juga nutrisinya mencukupi.
Menggunakan Pakaian Tipis
Pakaikan bayi anda dengan
pakaian yang tipis. Jika bayi menggunakan pakaian yang berlapis atau tebal,
anda harus melepaskannya. Biarkan bayi menggunakan satu lapis pakaian saja dan
pastikan pakaian tersebut selesa dan nyaman dikenakan. Jika bayi kedinginan,
pakaikan selimut.
Jaga Suhu Kamar Senantiasa sejuk
Usahakan untuk menjaga suhu
tempat bayi tetap sejuk. Jika suhu biliknya panas, boleh menggunakan pendingin
hawa atau kipas angin, tetapi jangan terlalu kencang dan jangan diarahkan
langsung pada bayi.
Semoga bayi anda sihat dan riang.
Semoga bayi anda sihat dan riang.
0 Comments