Ayam tua biasanya keras atau liat dan sukar untuk memasaknya menjadi lembut. Berikut petua yang boleh digunakan untuk melembutkan daging ayam tua.
Mula-mula, potong kecil-kecil ayam tersebut. Kemudian rebus ketulan ayam tadi bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya, setelah itu barulah boleh dimasak mengikut citarasa anda.
Kelapa parut yang tidak habis digunakan jika dibiarkan begitu sahaja akan menjadi kering dan berbau. Untuk mengekalkan kesegarannya, rendam kelapa parut dengan air yang telah dicampur sedikit garam. Simpan di dalam peti sejuk. Kelapa parut berkenaan akan tetap segar hingga beberapa hari. Selamat mencuba.
1 Comments