Subscribe Us

Pantai Morib Menggamit Kenangan


Pantai Morib adalah lokasi pelancongan menarik di daerah Kuala Langat, Selangor yang menjadi destinasi percutian popular terutamanya bagi warga kota kerana jarak yang tidak jauh dari Kuala Lumpur.


Suatu ketika dulu pada era tahun 70-80an, pantai Morib menjadi tumpuan utama pengunjung bukan saja dari penduduk berdekatan malah dari Utara dan Selatan Tanah Air.  Mereka datang berkunjung secara berjamaah dengan bas rombongan.




Kini pantai Morib masih lagi menjadi destinasi utama penduduk tempatan dan mereka yang tinggal berhampiran untuk beriadah bersama keluarga terutamanya pada hari minggu dan musim cuti persekolahan. Dataran Morib yang terletak di tepi pantai menambah lagi daya tarikan pelancong dan penduduk sekitar.


Landskap di Dataran Pantai Morib terletak di tepi pantai memang sangat indah dan menarik. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperi aneka jenis gerai yang menjual pelbagai barangan termasuk barangan cenderahati, layang-layang, topi, buble gun dan bermacam-macam lagi selain kedai makan.


Antara kemudahan asas yang disediakan di Pantai Morib ialah taman permainan kanak-kanak, tandas, surau, pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, dan pondok rehat.


Jika anda ingin bermalam di sini banyak pilihan boleh didapati antaranya,
Hotel di pantai Morib
Gold Coast Morib - Resort menarik dengan water park .
Hotel Impian Morib
Hotel Sri Morib
Homestay pantai Morib
Homestay Kanchong Darat
Homestay Kampung Endah


Pihak berkuasa Tempatan Kuala Langat seharusnya sentiasa peka dengan keceriaan dan kebersihan Dataran Morib sebagai destinasi pelancongan. Keadaan dataran didapati terbiar begitu saja, tidak dibaik pulih dan tiada penyelenggaraan.  Landskap dataran yang sedia ada memang sangat cantik dan menarik tetapi disebabkan tiada pemantauan daripada pihak berkuasa menyebabkan kawasan tersebut kelihatan kurang menarik. Sekian ( 10 Nov 2019)



Catat Ulasan

0 Ulasan