Subscribe Us

Jerai Hill Resort 1000 Kaki di Atas Gunung Begitu Mempesonakan


Jerai Hill Resort yang terletak 1000 kaki di puncak Gunung Jerai, dikenali sebagai Jerai Mountain Resort, Kedah merupakan resort bertaraf 4 bintang.  Resort ini adalah milik Perbadanan Pembangunan Negeri Kedah yang menawarkan 72 bilik chalet mewah yang terdiri daripada Bilik Superior, Bilik Deluxe, Bilik Premier, Bilik Eksekutif dan 1 unit Suite serta bilik-bilik seminar dengan kapasiti 200 orang.  (Ketinggian Gunung Jerai ialah 3,854 kaki atau 1,175 meter)


Anda perlu melalui lebuhraya Utara Selatan, kemudian exit di Tol Gurun menuju ke kaki bukit Gunung Jerai kira-kira 15 minit perjalanan. Dari kaki bukit, anda akan mendaki ke puncak sama ada dengan kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan yang sedia menunggu untuk membawa anda ke destinasi.


Orangmuo syorkan lebih baik pandu sendiri kenderaan anda untuk merasai pengalaman dan cabaran mendaki ke resort.  Bagi sesiapa yang pertama kali berkunjung tentu sekali sangat mengujakan, seronok ada, seram pun ada kerana laluannya yang berliku-liku dimana anda akan melalui selekoh agak tajam seperti huruf S, U, Z, dan V pun ada, tetapi jangan bimbang anda akan dapat menempuhinya dengan selamat, memang satu pengalaman terbaik.



Para pelawat  pastinya akan menemui bahawa Jerai Hill Resort sebagai pilihan yang sempurna kerana resort ini berada dalam kedudukan strategik di Gunung Jerai yang terletak di tengah-tengah antara Bandar Lama dan Baru.


Para tetamu dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan nan indah teramat di dataran resort yang terletak di atas puncak gunung Jerai pada aras ketinggian 986 kaki dari aras laut dengan kehijauan sawah padi luas terbentang serta deretan pulau-pulau, pantai di sepanjang tepian lautan mewarnai keindahan alam yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


Sama ada anda ingin bersantai, atau mengambil bahagian dalam aktiviti luar yang menyeronokkan, resort ini amat sesuai untuk melepaskan jiwa yang sedang stres. Persekitaran resort dengan landskap suasana pegunungan yang sejuk, segar, nyaman dan tenang, resort bertaraf
  4 bintang ini benar-benar mampu merawat jiwa anda kembali segar dan bertenaga.


Berapa kadar sewa bilik semalam? Ada banyak pilihan ditawarkan mengikut keadaan semasa bermula dari RM 300 untuk 2 orang.  Anda perlu booking terlebih dahulu terutama pada hari cuti atau musim cuti atau rujuk website Jerai Hill Resort. Sila lihat foto-foto menarik di Jerai Hill resort.
Selamat bercuti. Sekian




Catat Ulasan

0 Ulasan