Subscribe Us

Tanjung Penyabong Destinasi Pelancongan Baru Daerah Mersing

Mukim Penyabong terletak di daerah Mersing, lebih kurang 2 jam dari Kota Tinggi serta 30 minit perjalanan ke arah utara dari Bandar Mersing.

Sejarah Penyabong
Nama Penyabong datang daripada aktiviti lanun-lanun yang menetap di kawasan in yang menyabong ayam. Terdapat pantai yang dulunya dinamakan Pantai Pasir Lanun kerana pantai ini menjadi tempat persembunyian lanun kerana ketenangannya serta adanya sumber air minuman.  Kini pantai Pasir Lanun dinamakan sebagai Pantai Penyabong.  

(Lihat gambar-gambar menarik Tanjung Penyabong di bawah)  

Landskap Tanjung Penyabong telah berubah sepenuhnya apabila kerajaan negeri Johor melaksanakan pelan memajukan Mersing sebagai hab pelancongan utama serantau menerusi pelaksanaan projek pelancongan di Tanjung Penyabong.


Kerja-kerja menaik taraf Tanjung Penyabong telah pun dilaksanakan untuk menawarkan pengalaman budaya unik kepada pelancong.

Kemudahan awam seperti jeti, pusat kraftangan, medan selera, tempat letak kenderaan, tandas dan sebuah taman akan dibina demi keselesaan penduduk tempatan dan pelancong.

Projek Tanjong Penyabong dijangka melonjakkan sektor pelancongan tempatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta keusahawanan untuk rakyat.

Nelayan tempatan turut menerima manfaat menerusi pembangunan prasarana menaik taraf jeti sedia ada menjadi dwifungsi untuk kemudahan pelancong dan nelayan. 

Tempat penginapan yang berhampiran antaranya Penyabong Warisan Resort, dan Endau Beach Resort.  Nikmati percutian anda bersama keluarga di Tanjung Penyabong.

Jika anda hendak ke bandar Mersing, jangan lupa singgah mandi-manda di Pantai Air Papan.  Anda boleh menginap di di Air Papan Beach Resort.

Post a Comment

0 Comments