Subscribe Us

Pontian: Sekali Tengok Macam Pusat IT Rupa-Rupanya


Jika anda ke Pontian jangan lupa singgah di Dataran Pontian.  Viewnya sangat menarik kerana berhampiran dengan tepi laut. Banyak kemudahan awam terdapat di situ dari bab makanan sehinggalah tandas awam yang canggih. 

Sebagai seorang pengunjung dari luar kawasan Pontian yang baru pertama kali singgah, tanggapan pertama bangunan tersebut mungkin pusat IT contohnya. Ternyata ia memang sebuah tandas awam. 

Tandas Sejahtera Dataran Awam Tepi Laut Pontian ini menjadi tandas pertama menggunakan sistem solar yang mesra alam dan mampu menjimatkan tenaga elektrik.


Selain itu reka bentuk bumbung yang unik serta saluran khas di atas bumbung disediakan bagi menadah air hujan untuk kegunaan mengepam sisa najis dan buangan.  Air hujan akan ditakungkan menerusi saluran khas di atas bumbung yang kemudiannya digunakan bagi mengepam najis dan sisa buangan.


“Bekalan air terawat dari SAJ masih disalurkan menerusi paip ke dalam tandas berkenaan. Pengguna tidak perlu bimbang kerana air takungan hanya digunakan bagi mengepam najis dan sisa buangan.  Tahniah Majlis Daerah Pontian.
Pontian Bersih Indah dan Menarik. Terbaik

Catat Ulasan

0 Ulasan