Subscribe Us

Colmar Tropicale Berjaya Hills Bukit Tinggi, Suasana Seperti Berada Di Peranchis

Bukit Tinggi, Janda Baik, Cameron Highlands, Genting Highlands dan mungkin beberapa tempat lain lagi adalah antara destinasi pelancongan kawasan tanah tinggi yang menjadi pilihan utama warga Malaysia. Semuanya adalah satu sebab yang sama iaitu suasana yang nyaman dan sejuk.


Meliputi kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar, Bukit Tinggi, Pahang merupakan sebuah destinasi percutian dingin yang terletak hanya 60 minit sahaja dari Kuala Lumpur dan di sinilah terdapat banyak  tempat menarik yang begitu popular untuk dikunjungi. Di sinilah juga terletaknya pusat peranginan yang agak berbeza, lain dari yang lain dengan susananya yang sangat menarik seolah-olah anda melancong ke Eropah.




Colmar Tropicale Berjaya Hills terletak di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, 
merupakan pusat peranginan 
yang berkonsepkan senibina Perancis dan berada betul-betul di puncak Bukit Tinggi. 


Pusat peranginan ini boleh dikatakan salah satu tempat bercuti yang terbaik di Malaysia selain ia juga amat sesuai untuk melepaskan tekanan selepas sekian lama bekerja.


Dibuka pada tahun 2000, Colmar Tropicale dibina berdasarkan Bandar Colmar, Tenggara Alsace, Perancis dan mengambil rekabentuk senibina dan elemen dari Kampung Lama Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg.

Reka bentuk bangunan di Colmar Tropical Berjaya Hills termasuk hotel adalah sangat unik persis perkampungan Perancis.  Apabila anda menjejakkan kaki di sini, anda seperti berada di sebuah perkampungan atau bandar di Peranchis, kerana bangunan-bangunan hotel di sini seolah-olah kota lama negara tersebut. Mereka yang pernah menonton cerita lama pastinya pernah melihat istana dan kubu kota, begitulah ‘wajah’ perkampungan di Colmar Tropicale Berjaya Hills.

 


Selain perincian bangunan dan suasana sekitarnya direka mengikut perkampungan sebenar di Perancis, restoran di situ juga kebanyakannya menyajikan sajian negara ratu Marie Antoinette itu.

Suasana yang nyaman dan pemandangan yang bakal menenangkan jiwa, pengalaman bercuti di sini adalah sesuatu yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar. Percutian anda di Bukit Tinggi akan menjadi lebih bermakna dan meninggalkan kenangan manis apabila anda berkunjung ke Colmar Tropical Berjaya Hills.


Anda sebenarnya boleh memilih sama ada untuk bermalam di sini atau pulang ke destinasi jika anda dari Kuantan atau Kuala Lumpur kerana jarak perjalanan tidak terlalu jauh.  Sekiranya ingin bermalam di sini terdapat beberapa buah hotel atau resort menarik diantaranya seperti Colmar Tropicale French Theme Resort dan Berjaya Hills Resort Bukit Tinggi


Selain Colmar Tropical Berjaya Hills, banyak tempat-tempat menarik yang akan mencuri perhatian anda di Bukit Tinggi Pahang. Pemandangan disini sangat menakjubkan seperti berada di luar negara.


Tempat yang menarik selain Colmar Tropicale Berjaya Hill, anda juga harus singgah tempat-tempat menarik yang lain di Bukit Tinggi seperti Japanese Village, Japanese Tea House, Botanical garden, Rabbit farm dan Rabbit Park, Horse Trails dan banyak lagi. Anda pasti kagum dengan pemandangan disini yang sangat cantik dan menarik.  Selamat bercuti.


Post a Comment

0 Comments