Subscribe Us

7 Manfaat Berpelukan Suami Isteri...


Jangan bosan memeluk suami atau isteri anda. Cuba ingat bagaimana rasanya ketika ibu memberikan pelukan kepada anaknya. Tentu anak anda akan merasa hangat dan nyaman berada di samping orang yang dicintainya. Begitu pula dengan berpelukan setelah berhubungan selama minima 15 minit memiliki banyak manfaatnya terhadap tubuh dan hubungan anda.

Sebuah penelitian atau kajian menemukan, berpelukan setelah berhubungan intim minima 15 minit banyak manfaatnya. Apa lagi jika anda memperpanjang hingga 30 minit, maka manfaat yang diperoleh lebih besar.  Berikut tujuh manfaat berpelukan;




1. Bagus untuk kehidupan seksual.
Menurut penelitian para ilmuwan dari University of Toronto Mississauga, berpelukan wajib dilakukan selepas saja berhubungan intim untuk meningkatkan kepuasan kehidupan seksualnya. "Ini bukan hanya kerana seks, tetapi meluangkan waktu dengan intim setelah bercinta menyegarkan kembali ikatan emosional dan seksual,". 


2. Hubungan jadi bahagia
Pelukan akan membuat seseorang melepaskan oksitosin yang pada dasarnya merupakan hormon yang baik. Menurut Psikologi, Elizabeth Lombardo, hormon ini meningkat bukan hanya selama berpelukan tapi hormon ini juga dapat meningkatkan kebahagiaan dan kesihatan.


3. Ringankan rasa nyeri atau sakit
Kadang-kadang, hanya dengan sentuhan, nyeri akan lebih baik. Ingatlah ketika anda masih kecil, setiap kali anda terluka anda memanggil ibu anda kerana sentuhannya umpama ubat yang sangat mujarab. Sesungguhnya, sentuhan ibu tidak ada yang dapat mengalahkannya, oksitons yang dilepaskan selama masa berpelukan benar-benar dapat mengurangkan rasa sakit. Ini adalah kombinasi yang sempurna dari hormon dan dakapan yang mampu menyembuhkan sakit fizikal (bahkan emosional).


4. Meningkatkan rasa sayang
Berpelukan bukan saja membuat rasa kasih sayang menjadi lebih hebat tetapi juga memungkinkan kita berkomunikasi tanpa kata-kata sayang. Menurut pakar terapi perkahwinan dan keluarga di Chicago, David Klow mengatakan, kebanyakan orang ingin dihargai dan komunikasi merupakan cara untuk menyampaikannya. Komunikasi nonverbal boleh menjadi cara yang sangat ampuh untuk mengatakannya kepada pasangan anda. "Pelukan adalah cara untuk mengatakan `saya tahu bagimana perasaan anda.

5. Kekebalan tubuh 
Oksitosin memiliki efek yang luar biasa kuat, termasuk dalam sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat. Anda tentu melihat, orang bahagia tidak sakit. Apabila anda sakit, itu adalah kerana anda tak cukup berpelukan.



6. Turunkan risiko penyakit jantung 
Efek berpelukan memberikan manfaat menakjubkan kepada jantung anda. Kaunselor Kesihatan Holistik Jodi Geigle mengatakan, jika anda ingin sihat, cubalah memeluk pasangan anda. Menurut penulis, itu adalah lebih baik dan anda tidak seharusnya meninggalkan tempat tidur.


7. Lanjut ke pusingan dua 
Menurut Doktor Renee Horowitz, dopamin yang dilepaskan setelah sesi berpelukan akan meningkatkan hasrat seksual. Anda mungkin perlu istirahat, tetapi bukannya meninggalkan tempat tidur setelahnya.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Illya LeYa berkata…
Alhamdulillah... Syukur kerana kami seringkali juga mesra bersama. Sentiasa berdoa kepada Allah agar jodoh kami kekal hingga ke Jannah