Subscribe Us

Macam-Macam Anda Lakukan Tetapi Perut Anda Masih Buncit? Ini sebabnya


PELIK dengan keadaan diri walaupun sudah banyak bersenam tapi keadaan perut yang buncit masih tetap sama.

Puas berfikir rupanya ini sebab kenapa perut buncit tidak mahu surut. Antaranya adalah disebabkan:

1. Tekanan
Tekanan akan menghasilkan hormon kortisol dan menyebabkan lemak terkumpul pada bahagian tengah badan.


2. Makanan masin
Sodium klorid dalam garam mempengaruhi kestabilan kandungan air dalam tubuh. Pengambilan kadar garam berlebihan menyebabkan pengumpulan bendalir yang membuncitkan perut.


3. Bakteria jahat
Sistem perut manusia dibina oleh gabungan bakteria jahat dan baik. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi antibiotik, kadar gula tinggi atau sebarang alkohol.


4. Gula-gula getah
Mengunyah gula-gula getah memerangkap banyak udara ke dalam sistem penghadaman dan membuatkan kembung perut.


5. Makanan dan minuman
Minuman bergas dan makanan segera yang dipek seperti air kotak, keropok dan mi segera akan mengumpul lemak yang banyak dalam perut hingga sukar dihapuskan.


6. Kurang tidur
Kurang tidur mampu meningkatkan selera makan kerana kadar turun naik hormon tidak menentu. Disarankan kita mendapatkan tidur selama 8 jam sehari.


7. Cara makan
Makan dan kunyah secara laju menyebabkan badan tertekan lantas menutup fungsi penghadaman dan akan menyebabkan kekembungan.


8. Air tidak lawas
Ramai antara kita sibuk dengan pekerjaan hingga lupa untuk minum air terutama bagi kaum wanita ketika datang haid. Kita sepatutnya minum air lebih dari 8 gelas sehari supaya perut sentiasa aktif. [Infosihat]

Catat Ulasan

0 Ulasan