Subscribe Us

Baby Nanas Memang Sangat Sedap Dan Manis Tetapi Mengandungi Bahan Terlarang


Pernah makan baby nanas? Jika anda pernah makan anda akan teringin untuk makan lagi, nak makan lagi dan nak lagi, kenapa... kerana rasanya memang sangat sedap, sangat manis mengasyikkan, gurih dan rangup.  Kita akan merinduinya untuk menikmatinya lagi.  Begitulah penangan baby nanas Thailand ni. 


Namun, seperti yang kita sedia maklum buah baby nanas Thai merupakan antara jenis buah yang tidak dibenarkan dibawa masuk dan dijual di negara kita Malaysia kerana mengandungi bahan terlarang iaitu siklamat yang boleh menjejaskan kesihatan.



Menurut badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA), siklamat adalah sejenis bahan pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30 hingga 50 kali ganda lebih daripada gula sukrosa.


Peraturan-peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan penggunaannya dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan.



Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi akta-akta berkenaan dan menjadi tanggungjawab pihak terlibat untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.



Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual sebarang makanan yang diadukkan dengan apa-apa bahan penambahan yang tidak dibenarkan.

Post a Comment

0 Comments