Subscribe Us

Bani Jawi Pembela Islam Akhir Zaman?

Orang Melayu adalah bangsa yang menerima Islam secara baik, orang Melayu boleh menyebut bahasa Arab dengan Fasih.

Orang Melayu menggunakan bahasa Arab dalam percakapan walaupun ia tidak sedar seperti sabar, kubur, sihat, mati, mayat dan lain lain lagi, kenapa...? sebab kita berasal dari Bangsa Arab yang hilang dalam peperangan Kerajaan Sargon lama sezaman Nabi Ibrahim, dan keturunan nenek kita lari ke Semenanjung Emas selepas kapal dibadai ombak lalu hanyut.  Kalau dari darat, India, Burma dan Siam baru sampai ke Semenanjung Emas tetapi kita asal dari pelayaran di lautan bukan datang dari darat.


Saidina Ali Karamahwajhah telah berkata ketika nazak selepas ditikam ibnu Muljan semasa waktu subuh, katanya pergilah wahai saudaraku lemparkan belanti ku ke sungai Furat kerana bangsa Arab tidak ada kesatuan sehingga kiamat melainkan ada satu kaum yang hilang akan kembali pada satu bendera, mereka berada di Timur.


Oleh sebab itu lah Muawiyah telah menghantar utusan ke Tanah Melayu dan Tanah Jawa untuk melihat apa agamanya, dan begitu juga para pendakwah dari seluruh Arab, Yaman, Gujrat telah datang ke Semenanjung Emas dan Jawa.

Bani Jawi atau Bangsa Jawi ialah Bangsa Melayu.

Tanah Jawi ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu, Tulisan Jawi ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu dan Masuk Jawi ialah berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang-orang Jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah. 

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatat dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. 

Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan bersikap lemah lembut kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi mengikut Bahasa Sanskrit, Ji bermaksud Satu dan Wi bermaksud Tuhan iaitu maksudnya bangsa yang percaya kepada Tuhan yang satu (mentauhidkan Tuhan). 

Di manakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu...?

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut sejak beribu-ribu tahun. 

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling Selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’ 

Wallahualam

Tulisan asal dari
Syababul Islam
Pondok Pasir Tumbuh

Sumber FB Ali Russia

Catat Ulasan

0 Ulasan