Sebuah dokumentari yang diterbitkan oleh Channel 5 –
Edwardian Britain in Colour mendedahkan cara pemakaian wanita di bahagian Utara
England, 100 tahun yang lalu.
Rakaman video tersebut menunjukkan pekerja-pekerja wanita
mengenakan penutup kepala keluar dari sebuah
kilang kapas Alfred Butterworth di Manchester pada tahun 1901. Lihat
video...
Seorang Sejarawan Budaya, Prof
Vanessa Toulmin berkata;
“Apa yang menarik adalah
rambut – rambut wanita tersebut semuanya ditutupi. Wanita tidak menunjukkan
rambut panjang mereka. Anak – anak wanita pula memiliki shawl yang menutup
kepala mereka sepenuhnya, anda tak nampak rambut mereka langsung, hanya wajah
mereka.
Sekarang ini banyak debat
tentang h1jab, tentang boleh atau tidak wanita menutupi rambut mereka, sedang
kita terlupa bahawa kita kehilangan amalan budaya kita 100 tahun lepas yang
tidak menunjukkan rambut di tepi jalanan.”
0 Comments