Marilah kita renung-renungkan dan
faham-fahamkan setiap rangkap yang kita
sebut sewaktu kita solat.
Takbiratul-Ihram
/ Takbir:
Allah
Maha Besar.
Doa
Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani, yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan
ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan
ketika bangun dari rukuk:
Allah
mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan
ketika iktidal:
Wahai
Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan
ketika sujud:
Maha
suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan
ketika duduk di antara dua sujud:
Ya
Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah
darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan
ketika Tahiyat Awal:
Segala
penghormatan yang berkat serta solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan
ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah
ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji lagi Maha Agung.
Doa
Qunut:
Ya
Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah
aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya
untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya
hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa
menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang
yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk
Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan
aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad,
Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Semoga bermanfaat untuk semua. [pelbagai sumber]
0 Comments