Kanser merupakan sejenis penyakit yang cukup menakutkan dan mengancam
nyawa seluruh masyarakat dunia. Kanser tidak mengenal usia, gender,
maupun genetik. Kanser mampu mengancam sesiapapun. Seringkali, muncul
sebuah pertanyaan 'apakah pembeza antara kanser dan tumor?'. Kedua-dua
penyakit tanpa tanda ini kerap kali disamakan kerana menimbulkan sebuah
benjolan.
"Tumor adalah benjolan yang tidak normal di bahagian tubuh. Tumor terbahagi kepada dua, tumor jinak dan
tumor ganas. Tumor ganaslah yang sering disebut dengan kanser.
Tumor jinak memiliki sel berkapsul sehingga lebih memudahkan para
doktor membuang bahagian tersebut. Sel terkurung dalam satu kapsul
dan mudah diketahui bahagian mana yang merupakan 'tidak sihat'.
Sementara,
tumor ganas atau disebut kanser merupakan tumor sel tidak
berkapsul sehingga sukar mengesan penyebaran 'kawasan yang tidak
sihat'.
Sel tidak berada dalam kapsul, menyebar sehingga kanser yang
sebenarnya hanya 2 cm saja boleh menyebabkan seluruh bahagian terkesaan.
Kanser dapat dicegah dengan pola hidup sihat, diet sihat dan mencegah
obesiti, serta mencegah infeksi dengan melakukan pemerikasaan. [liputan6]
0 Comments