Subscribe Us

Cara Menghilangkan Bekas Luka Secara Alami


Bekas luka adalah disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya kerana jerawat ataupun kecelakaan. Bekas bukan saja mempengaruhi penampilan fizikal tetapi juga secara signifikan boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang. 


Kelebihan menghilangkan bekas luka dengan menggunakan bahan alami tentu saja tidak ada efek sampingan yang dihasilkan dan kosnya juga lebih murah. Meskipun begitu, harus diingat bahawa bahan alami ini tidak dapat menghilangkan bekas luka sepenuhnya. Yang dapat dilakukan oleh bahan alami adalah memudarkan bekas luka tersebut.  


Berikut cara menghilangkan bekas luka dengan bahan-bahan alami seperti yang disalin daripada laman  New Health Guide, 


Mentimun
Pertama, olah mentimun menjadi pasta mentimun. Caranya, kupas kulit mentimun dan buang biji di dalamnya. Potong kecil-kecil. Kemudian, sediakan telur dan asingkan antara putih dan kuningnya. Blender mentimun sampai halus dan campurkan dengan putih telur. Pasta mentimun pun selesai dibuat.


Cara menggunakannya, oleskan pasta tersebut pada bekas luka selama lebih kurang 20 minit. Cuci bekas luka dengan air dingin. Lakukan secara teratur.


Lemon
Alpha hydroxy acids yang terdapat dalam lemon merupakan zat yang dapat membantu mempercepat sel mati dan mempercepat pertumbuhan sel baru.


Cara menggunakannya sangat mudah. Anda hanya perlu mengoles cairan lemon pada bekas luka menggunakan cotton bud. Cuci bekas luka dengan air setelah 10 minit. Cara ini cukup efektif untuk menghilangkan bekas luka pada jerawat.




Madu
Beberapa ahli kecantikan masa kini mengesyorkan madu sebagai bahan yang dapat menghilangkan bekas luka. Cara menggunakannya cukup mudah.  Anda hanya perlu mencampurkan 2 sudu teh madu, 1 sudu makan oatmeal dan sedikit air. Setelah itu, oleskan madu dengan gerakan melingkar pada bekas luka hingga madu menghilang.


Lidah Buaya
Lidah buaya sudah terkenal sangat berkesan untuk berbagai penyakit kulit dan penyubur rambut. Selain itu, lidah buaya juga berguna untuk menghilangkan bekas luka.


Cara menggunakannya sama dengan bahan-bahan lain. Anda hanya perlu untuk mengoleskan cairan lidah buaya pada kulit bekas luka. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. [New Health Guide]

Catat Ulasan

1 Ulasan

Warisan Petani berkata…
Tk perkongsian petuanya