Selain tamar, zaitun, dan anggur, buah tin
adalah antara beberapa jenis buah yang disebut dalam Al-Quran. Sudah
semestinya buah-buahan tersebut mengandungi banyak khasiatnya yang
tersendiri.
Jika selama ini kita hanya dapat merasa makan buah tin yang sudah dikeringkan sahaja, kini buah tin segar terus
dari pokok boleh didapati di negara kita sendiri. Macam tak percaya
bukan. Hakikatnya memang benar, buah tin segar boleh didapati di negara
kita. Antaranya, kebun atau pusat penanaman buah tin Tn Hj Ridzuan, Kg
Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Baru-baru ini orang muo dan isteri telah melawat kebun buah tin milik Tn Hj Ridzuan, di kg Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. Walaupun jauh, orang muo menggagahkan diri semata-mata desakan rasa ingin tahu yang menebal serta ingin melihat sendiri bagaimana tanaman pokok tin ini diusahakan.
Orang muo begitu kagum dengan kebun pokok tin beliau kerana mempunyai kelengkapan yang moden. Alhamdulillah, layanan tn haji juga amat menyenangkan orang muo.
Siapa sangka pokok tin atau fig yang hidup segar di tanah gersang dari Asia Barat dan Afrika ini boleh hidup dengan baik di negara kita. Cuaca di negara kita yang panas sepanjang tahun sebenarnya sesuai untuk pokok tin hidup walaupun masalah jumlah hujan yang banyak serta jenis tanah memberi sedikit gangguan tetapi masih boleh di atasinya dengan teknik penanaman yang betul serta penjagaannya yang rapi.
Ternyata, usaha Tn Hj Ridzuan tidak sia-sia. Ratusan pokok tin yang ditanamnya didalam gelung konkrit dengan campuran tanah tertentu serta baja yang sesuai menjadikan pokok tin beliau begitu subur, sihat, malah menghasilkan banyak buah yang sangat berkualiti setanding dengan buah tin dari negara asalnya. Orang muo percaya industri tanaman buah tin boleh berkembang maju jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh seperti Tn Hj Ridzuan.
Anak-anak benih yang dijamin sihat dan berkualiti
Selain
membekalkan buah yang segar, Tn Hj Rizuan juga menyediakan anak benih
pokok tin untuk anda yang berminat menanamnya sendiri dengan harga yang
sangat berpatutan, antara RM100 hingga RM150 saja sepokok, bergantung
kepada jenis, [di pasaran luar mencecah RM200-250].Manakala harga buah tin segar pula adalah antara RM80-90 sekilo. Berbaloi bukan. Haa, apa lagi jom kita mengusahakan tanaman buah tin.
Pembiakan anak benih kaedah tut
Pembiakan anak benih kaedah keratan batang
- Tanam di kawasan yang boleh mendapat cahaya matahari sepenuhnya,
- Campuran 30% tanah hitam campuran dan 70% pasir kasar.
- Bekalan air yang cukup
- Baja pokok dan baja buah.
Contoh tanah yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain.
Sesuatu
yang orang muo rasa sangat teruja nak menanam pokok buah tin ialah
pokok tin cepat mengeluarkan buah, lebat pulak tu. Satu lagi, ia mudah
ditanam di mana-mana, sama ada di kebun atau boleh saja ditanam di dalam
pasu. Macam orang muo ni duduk di taman perumahan, mana ada kebun,
menumpang tanah kerajaan di tepi jalan je la :)
Produk ini hanya boleh didapati di Pusat Penanaman tin beliau
Jika anda hendak melawat ladang tin Hj Ridzuan, anda boleh merujuk Face Book untuk
mendapatkan peta lokasi [maps, cari SK Merbau Sempak, Sg Buloh... kebun
tn hj berhampiran dengan sekolah tersebut] atau menghubunginya terus
[0194462200].
Akhirnya, orang muo terpikat dengan 2 anak pokok ni... Taiwan Golden Fig [TGF], dan satu lagi Masui Daphine Fig dari Jepun.
No comments:
Post a Comment