Pasukan penyelidik dari Universiti Cornell, AS, telah menemui bahawa
mikrobakteria yang dinamakan Christensenellaceae dapat membuat seseorang
tetap langsing dan mencegah obesiti. Mikrobakteria ini berada pada usus dan apa yang menariknya, ia terkait secara genetik.
Penelitian mendapati bahawa meningkatnya tingkat obesiti adalah disebabkan kerana penggunaan antibiotik. Salah satu fungsi antibiotik sendiri adalah untuk
membunuh bakteria. Akibatnya mikrob christensenellaceae yang bertindak mengawal kegemukan turut musnah oleh penggunaan antibiotik.
Dalam penyelidikan tersebut, disebutkan bahawa seorang manusia adalah
"tuan rumah" bagi 100 triliun mikro organisme atau bakteria yang
tersebar pada setiap inci kulit, mulut, hidung, telinga dan organ tubuh
yang lainnya.
Beberapa jenis bakteria berfungsi bukan saja mencerna makanan dan
melawan benda asing dalam tubuh, tetapi juga memproduksi vitamin dan
bahan kimia yang mengatur sistem kekebalan tubuh.
Setelah penggunaan antibakteria berkembang pesat, beberapa jenis
bakteria hilang dari tubuh manusia, antaranya adalah bakteria
Helicobacter yang membantu mengatur nafsu makan. Tanpa bakteria ini,
manusia mungkin saja kehilangan signal semulajadi yang memberitahu mereka
untuk berhenti makan.
Selain kerana antibakteria, pola hidup juga cukup mempengaruhi pertumbuhan bakteria pada tubuh.
"Hilangnya beberapa bakteria berguna dipengaruhi
bukan hanya oleh usia dan antibiotik, tetapi juga disebabkan oleh berapa banyak
alkohol yang diminum, berapa banyak kegiatan sukan yang dilakukan dan berapa
banyak tidur dalam sehari," kata ahli mikrobiologi Rob Knight, ketua
penyelidik. [The Wall Street]
0 Comments