Kebanyakan lelaki menggunakan ubat kuat untuk
mempertahankan kelelakian. Sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang begitu berkesan membantu menghasilkan lebih banyak testosteron dalam tubuh anda.
Selain
meningkatkan hormon, sejumlah makanan juga diakui membantu
mempertahankan ereksi lebih lama kerana kandungannya yang dapat
meningkatkan aliran darah ke bahagian genital. Berikut senarai makanan yang dimaksudkan;
1. Bawang
Bawang berfungsi untuk membantu melancarkan peredarn darah. Semakin lancar
darah, volumenya akan meningkat. Meningkatnya volume darah inilah yang
dapat membantu anda mendapatkan ereksi yang kuat dan berlangsung lama.
2. Biji pala dan cili padi
Tumbuh-tumbuhan seperti biji pala dan cili padi mengandungi
androgenik yang mendorong ghairah seksual serta meningkatkan fungsi jantina lelaki.
3. Kopi
Terlalu banyak minum kopi memang tidak sihat. Namun, tidak ada yang menyangkal fakta
bahawa kafein mampu mendorong energi yang dapat membuat anda dan pasangan
bertahan lebih lama.
4. Cokelat
Cokelat hitam merupakan salah satu makanan afrodisiak terbaik yang perlu anda makan sebelum masuk tidur.
6. Ceri
Buah ceri
dapat membantu membersihkan arteri. Buah ini dapat memastikan kalau
bekalan darah anda lancar hingga ke seluruh anggota tubuh anda.
7. Tiram dan kerang
Kandungan Zinc yang terdapat dalam tiraam merupakan nutrisi penting diperlukan untuk memproduksi
testosteron dalam tubuh.
8. Pisang
Kandungan kalium pada pisang dipercayai dapat menjaga jantung sihat
dan meningkatkan sirkulasi darah. Dengan sirkulasi darah yang lancar,
ereksi pun akan kuat dan lebih lama.
9. Delima
Delima secara harfiah sarat dengan besi yang membantu produksi sel
darah merah dalam tubuh. Semakin banyak darah yang anda miliki, akan memberikan ereksi lebih kuat dan lebih lama.
10. Semangka @ Tembikai
Semangka dapat melebarkan pembuluh darah sehingga lebih banyak darah yang disalurkan ke alat kelamin anda.
11. Teh hijau
Teh hijau penuh dengan antioksidan yang sihat untuk membuang radikal
bebas dari tubuh. Selain menyegarkan fikiran, teh hijau juga
membantu anda mencapai titik kepuasan lebih baik. [Boldsky]
0 Comments