Seorang suri rumah yang tinggal di London, Amanda Cable mendedahkan kaedah mudah untuk membersih kotoran degil seperti peralatan dapur dan sebagainya hanya dengan menggunakan beberapa bahan mudah yang biasa terdapat di rumah.
Membersih permukaan logam yang berkarat atau kusam dengan kentang
Potong kentang kepada
dua bahagian. Sapukan potogan kentang dengan garam dan gosokkan pada kawasan yang berkarat. Jika kentang
menjadi terlalu lembut, potong lagi
permukaan potongan kentang, sapukan garam dan gosok kawasan
yang berkarat.
Asid oksalik dalam kentang membantu melarutkan karat apabila bertindak balas dengan besi dalam logam untuk membentuk oxalate ion, yang seterusnya akan terlarut di dalam air yang terdapat dalam krim kanji kentang). Kuasa garam kasar pula membantu menghilangkan sisa di permukaan. Asid oksalik seperti yang terdapat dalam kentang biasanya digunakan dalam banyak produk pembersihan di rumah.

Kulit pisang untuk menggilap sepatu
Jika kasut kulit anda
tampak calar dan
kusam, gosokkannya dengan
bahagian dalam kulit pisang kerana ia mengandungi
atom nitrogen, sulfur dan asid karboksilik yang bertindak
sebagai agen pembersih semulajadi.
Kesat baki pisang
yang masih ada dan lap dengan kain lembut untuk mengilatkan kasut anda.
Bahan kalium seperti yang terdapaat dalam pisang adalah bahan utama
digunakan dalam pengilat kasut
komersial. Ia menyerap ke dalam kulit dan membantu
mengurangkan tanda goresan.
Sapukan lapisan nipis sos
tomato pada permukaan periuk atau kuali tembaga dan kuali yang kusam
atau berjelaga. Biarkan selama 30
minit. Asid asetik (bahan kimia organik yang
lemah yang memberikan bumbu
rasa pahit) dalam sos tomato akan bertindak balas menghapuskan kotoran. Selamat mencuba. [dailymail]
0 Comments