Mengapakah Minuman Tenaga Memberi Risiko Kepada Kesihatan?
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana
minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi GULA yang cukup tinggi.
Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5g gula! Gula
yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain
seperti kencing manis.
Dalam kajian terkini,
pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali
ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga
sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko
stroke dan serangan jantung.
Untuk kanak kanak dan remaja,
pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala
negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan
rokok, minuman beralkohol dan dadah.
Dipetik dari laman kesihatan The Healthy, berikut adalah beberapa kesan buruk akibat pengambilan minuman tenaga.
Menyebabkan Dehidrasi
Sebilangan besar minuman
tenaga mengandungi kafein yang merupakan sumber tenaga utama di dalamnya.
Minuman ini boleh menyebabkan kesan diuretik yang meningkatkan jumlah garam dan
air yang dikeluarkan oleh tubuh melalui air kencing.
Kesan kandungan kafein dalam minuman tenaga boleh menyebabkan dehidrasi. Minum terlalu banyak minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi teruk.
Merancakkan Degupan Jantung
Selain mempunyai kandungan
diuretik, kafein juga dapat meningkatkan degupan jantung. Satu kajian menunjukkan
bahawa seseorang yang mengambil minuman tenaga mengalami peningkatan aktiviti
jantung dan tekanan darah yang lebih tinggi.
Terdapat juga kes di mana
minuman tenaga merubah ritma degupan jantung dalam kalangan remaja, terutama
mereka yang bersenam atau melakukan aktiviti.
Kerosakan Gigi
Minuman tenaga mengandungi
asid sitrik yang menghakis gigi. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan
gigi, terutama jika diminum secara kerap. Selain itu, ia boleh menyebabkan gigi
menjadi sensitif dan menipiskan enamel, menjadikannya kelihatan lebih kuning
dan kotor.
Tidak Beri Tenaga Tambahan
Walaupun sering disebut
sebagai minuman tenaga, sebenarnya minuman itu tidak memberikan tenaga
tambahan. Lebih tepat lagi, tenaga tambahan yang dihasilkan dari minuman ini
bukan tenaga sebenar.
Tenaga tambahan minuman tenaga
berasal dari tahap tinggi gula yang dapat memberikan dorongan sementara. Ini
sebenarnya boleh menyebabkan kesan buruk apabila diminum secara berlebihan.
Pening Kepala Dan Perubahan Emosi
Guarana, bahan berasaskan
tumbuh-tumbuhan, yang terkandung dalam minuman tenaga boleh memberi kesan buruk
kepada tubuh. Rangsangan Guarana boleh memberi kesan pada sistem saraf pusat.
Ini boleh menyebabkan kesan
negatif dalam bentuk sakit kepala, insomnia, rasa tegang, dan perubahan mood.
Apabila dicampur dengan ubat-ubatan tertentu, ia boleh memberi kesan yang lebih
berbahaya bagi tubuh.
Memandangkan bahaya mengambil
minuman bertenaga, elakkanlah daripada meminumnya, terutama dengan kerap.
Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menggantikannya dengan minuman yang
lebih semula jadi seperti air jarang.
Gula
Kebanyakan minuman bertenaga kaya dengan gula yang biasanya fruktosa tinggi, sirap jagung atau tebu. Kadar gula yang berkalori tinggi dikaitkan dengan peningkatan kejadian obesiti dan penyakit gigi, peningkatan risiko kencing manis pada pesakit obes.
Taurina
Taurina adalah asid amino yang memainkan peranan dalam otot rangka dan penguncupan jantung. Tahap risiko dalam minuman ini adalah sangat rendah untuk menyebabkan sebarang kesan sampingan.
Vitamin B
Tahap niasin boleh menyebabkan kerosakan hati. Tahap B6 atau pyridoxine boleh menyebabkan pedih.
Inositol
Ia boleh menyebabkan cirit-birit.
Ginseng
Ginseng adalah perangsang. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu termasuk tekanan darah rendah, bengkak kaki, berdebar-debar, sakit kepala, pening, tidur tidak lena, amenorea, demam, hilang selera makan, gatal umum, penyakit kuning, payudara menyakitkan dan pengguguran.
Glucuronolactone
Tiada kesan sampingan telah terbukti disebabkan pengambilan minuman tenaga yang mengandungi glucuronolactone.
Aspartam
Ia ditambah dalam minuman bertenaga. Ia dianggap sebagai selamat.
Ginkgo biloba
Ia adalah ekstrak herba ginkgo biloba yang ditambah kepada minuman bertenaga. Ia boleh menyebabkan sakit kepala, pening, loya, berdebar-debar dan kegelisahan. Eksperimen haiwan telah menunjukkan kaitannya dengan kanser tiroid.
L-carnitine
Bahan ini boleh menyebabkan loya, muntah, sakit kepala, cirit-birit, tidur tidak lena, kesesakan hidung dan kegelisahan.
L-theanine
Ini adalah asid amino yang berasal dari teh hijau. Ia juga meningkatkan tahap kecerdasan seperti yang dilihat dengan kafein. Dos yang tinggi boleh menyebabkan pening atau pengsan sensasi. [medicineinanswers.com, FB publichealthmalaysia, mediacorp.sg]
0 Comments