Satu ikatan perjanjian bersejarah dan juga rekod dalam dunia bola sepak telah tercipta di Belgium. Ketika kelab-kelab yang lainnya berlumba-lumba mencari pemain atau
calon pemain bintang, sebuah kelab di Belgium, FC Racing Boxberg, telah mengikat kontrak dengan seorang kanak-kanak yang baru berusia kurang dua tahun [20 bulan].
Bryce Brites, 20 bulan direkrut menjadi pemain profesional oleh Boxberg. Kini Bryce berstatus sebagai pemain skuad junior Boxberg di bawah lima tahun.
Kesepakatan antara Boxberg dan Bryce tercapai kerana
Sekretariat Boxberg, Dany Vodnik, mengaku melihat bakat semulajadi yang
dimiliki Bryce ketika mengawal bola walaupun Bryce belum boleh berlari
dengan betul.
"Jika anda memintanya menendang bola sejauh tiga atau
lima meter, maka dia akan melakukannya, tetapi dia masih belum dapat bermain dengan pemain berusia lima atau enam tahun. Kami masih memberi perhatian khusus kepadanya," terang Vodnik.
Suatu hari nanti tidak mustahil kemungkinan Bryce
akan menjadi harapan untuk Pasukan Nasional Belgium dan jadi penerus Eden
Hazard. [metro.uk]
0 Comments