Samsung diketahui kerap mengeluarkan smartphone edisi khas yang dihiasi dengan motif bunga, disebut edisi La Fleur. Pada kali ini
yang akan diluncurkan Samsung adalah Galaxy S4 Mini La Fleur, mengikuti
jejak Galaxy S III Mini yang diperkenalkan awal tahun 2013.
Smartphone yang mensasarkan untuk kaum hawa ini dibalut warna merah aurora dengan
motif bunga besar di bahagian panel belakang dan motif bunga yang lebih
kecil di bahagian depan.
Spesifikasi masih sama dengan versi originalnya, layar QHD Super AMOLED seluas 4,3 inci, chipset Snapdragon 400, kamera 8 megapiksel yang dapat merakam video full HD 1080 piksel, dan bateri berkapasiti 1.900 mAh.
Smartphone
yang dikeluarkan di Jerman ini akan berada di pasaran pada bulan Januari 2014
dengan harga 417 euro. Namun belum ada
informasi di negara mana handset ini akan dipasarkan.[Sammy Hub]
0 Comments