Bukan kerana rasanya yang manis atau bahan yang berbahaya, tetapi
kegiatan mengunyah terus menerus ketika makan gula-gula getah atau chewing gum boleh
menyebabkan migrain. Hasi kajian oleh para ilmuwan Tel Aviv University
dari Meir Medical Centre di Israel mendapati 87 peratus
remaja mengalami migrain kerana makan gula-gula getah .
Menurut ketua penyelidikan, Dr Nathan Watemberg,
mengunyah gula-gula getah telah menyebabkan stres pada sendi
temporomandibular (sendi kompleks di rahang) yang bergerak terus menerus
sehingga telah menyebabkan sakit kepala.
"Sebelum ini kajian lain yang dilakukan mengatakan bahawa aspartam pada pemanis buatan yang digunakan di sebahagian besar gula-gula getah menyebabkan sakit kepala, tetapi kami memerhatikan
banyak pasien melaporkan sakit kepala kerana mengunyah gula-gula getah setiap hari," kata Watemberg, seperti disalin dari laman Dailymail.
Mengetahui
hal tersebut, Dr Watemberg meminta 30 pasiennya yang berusia 6 hingga 19 tahun yang mengadu migrain diminta supaya berhenti mengunyah gula-gula getah selama satu bulan. Hasilnya, tidak ada lagi yang mengeluh kerana
migrain.
"19 dari 30 pasien melaporkan bahawa sakit kepala mereka
benar-benar hilang dan tujuh melaporkan bahawa mereka jarang migrain
lagi," ungkapnya.
Dr Watemberg menambahkan, aspartam pada gula-gula getah bukanlah alasan yang tepat penyebab migrain kerana jika aspartam
berpengaruh, bererti minuman berperisa tiruan juga boleh menyebabkan migrain. [dailymail]
1 Comments