Seorang penyelidik di AS berjaya menemui hubungan antara sayuran dan
peningkatan jumlah sperma bagi lelaki. Sayuran yang baik untuk lelaki
ternyata adalah lobak merah atau buah-buahan dan sayuran berwarna oren dan
kuning.
Menurut pengkaji, lobak merah terutamanya dapat meningkatkan penghasilan sperma. Perkara ini juga dipersetujui oleh para peneliti di Harvard
University School of Public Health yang mendapati bahawa buah limau dan
buah-buahan berwana kuning dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti
sperma.
Seperti disalin dari Nydailynews, lobak merah mengandungi tinggi beta karoten
dan antioksidan. Peneliti menilai, lobak ini dapat meningkatkan keupayaan sperma atau kemampuannya untuk berenang menuju sel telur sehingga 8%. Selain lobak merah, bayam dan salad
juga memiliki lutein, karotenoid atau antioksidan yang memiliki kesan
yang sama terhadap keupayaan sperma berenang menuju sel telur.
"Untuk membuat lelaki muda yang
sihat, perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi karotenoid agar sperma berupaya bergerak lebih pantas dan lebih baik. [Nydailynews]
0 Comments