Walaupun cara minum teh identik dengan budaya dan tradisi, tetapi ada
baiknya untuk mengubah kebiasaan menyeduh teh atau merendaam teh menggunakan air matang
yang hangat, bukan air panas apa lagi mendidih.
Pengasas komunii pecinta teh, Ratna Soemantri mengatakan, menyeduh teh dengan air mendidih sudah menjadi kebiasaan masyarakat. Cara yang paling baik jika hendak merendam teh ialah dengan air bersuhu 70 darjah Celsius.
"Pada suhu tersebut, seseorang dapat merasakan rasa dan manfaat kesihatannya. Selain itu pastikan kebersihan airnya kerana ini juga akan mempengaruhi rasa
dan aroma teh. Air yang digunakan juga tidak boleh berbau dan berasa,"
jelasnya.
Teh yang diseduh menggunakan air panas 100 darjah celsius itu
rasanya pasti pahit. Untuk
memastikan suhunya, anda tidak perlu susah hingga menggunakan
termometer suhu. Caranya mudah, tuang air ke dalam cawan seramik. Biarkan air seketika hingga suhu panas air berkurangan.
Jika anda minum teh uncang, untuk mendapatkan sensasinya, cukup didiamkan saja dalam air yang hangat dan
bukan air panas.
Apabila sudah rasa cukup warna dan aromanya, segera angkat teh tersebut. Jika terlalu lama akan membuat teh semakin pekat dan pahit, antioksidan dalam teh
juga akan berubah. [liputan6.com]
0 Comments