KUKU yang bersih dan sentiasa terawat akan kelihatan cantik. Merawat kuku bukan sekadar sebahagian dari ritual kecantikan.
Keadaan dan bentuk kuku sebenarnya memberi petunjuk atau menjadi indikator tahap kesihatan anda.
Hanya dengan melihat perubahan warna kuku, seseorang boleh mengenal pasti mengesan jenis
penyakit yang sedang dideritanya. Berikut beberapa penyakit yang dapat
dikenal pasti melalui keadaan kuku:
Hepatitis
Kuku putih bukan bererti anda sedang sihat, sebab ketika kuku
berwarna putih dengan hujung atas berwarna gelap, kondisi ini
menandakan adanya masalah pada hati, seperti hepatitis.
Diabetes
Kuku yang berwarna kuning, sering disebut "sindrom kuku kuning",
menandakan diabetes. Keadaan ini adalah disebabkan tingginya glukosa yang menyebabkan
tumpukan protein kolagen pada kuku. Tompokan protein itulah yang membuat
kuku nampak seperti menguning.
Jika ada gejala lain seperti peningkatan rasa haus atau frekuensi
buang air kecil, sebaiknya segera berjumpa doktor dan buat pemerikssan
kadar gula darah.
Gejala Melanoma
Apabila anda menemukan ada garis hitam pada kuku anda, hal itu ada kaitannya dengan gejala melanoma atau dikenali dengan kanser kulit dari jenis yang paling
berbahaya.
Alergi
Sering ditemui adanya bintik-bintik putih pada kuku. Sebahagian orang
percaya, itu tanda kekurangan kalsium. Belum tentu. Bintik-bintik putih adalah
disebabkan luka pada kuku atau, berkemungkinan itu merupakan reaksi alergi
terhadap cat kuku atau infeksi ringan.
Asma
Asma atau penyakit pernafasan biasanya ditandai dengan kuku yang menebal dan tumbuh lebih lambat.
Jantung
Perubahan kuku juga menjadi tanda masalah jantung. Biasanya kuku
mengalami pendarahan yang terlihat dengan adanya garis merah dan
cokelat. Ertinya, ada infeksi pada jantung yang berhubungan dengan
pembuluh darah.
Anemia
Satu lagi gejala yang dinamakan "kuku sendok" dimana kuku tumbuh
melengkung ke atas. Posisi cekung itu bahkan boleh menampung beberapa
titis air. Jika ini terjadi, kemungkinan tubuh kekurangan zat besi,
hipotiroidisme, atau menderita penyakit hati. [suaramerdeka]
3 Comments