Telefon pintar yang akan datang Samsung Galaxy Note 3 mungkin menjadi
telefon pintar yang “pertama” dilengkapi kamera dengan teknologi rakaman
‘Ultra High Definition ‘ yang mempunyai resolusi 3840×2160.
Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum majlis pengumuman IFA 2013
masih terdapat lagi info-info yang terkini. Sementara Ultra HD
kedengaran amat hebat, tetapi ia masih tidak berguna kerana tiada lagi
telefon pintar yang boleh memainkan semula video yang menggunakan
resolusi tinggi.
Ramai yang mengatakan ia tidak berguna kerana “Ultra
HD” TV mempunyai harga yang agak mahal. Namun, tidak dapat dinafikan
apabila teknologi seperti ini dimasukan kepada peranti ini, Note 3 mengambil satu langkah kehadapan.
Dari segi spesifikasi lain Galaxy Note 3 mempunyai
skrin paparan Full HD Super AMOLED 5.7-inci dengan resolusi 1920×1080,
dilengkapi kamera belakang 13-megapiksel mempunyai bateri berkapasiti
3200mAh dan bersertakan dengan 32GB memori simpanan dalaman manakala cip
pemproses Note 3 akan dilancarkan dengan dua versi. Versi berikut
adalah Snapdragon 800 SM-N9005 (LTE) dan juga Exynos 5420 SM-N9000 yang
berasaskan Android 4.3 (Jelly Bean)
Kepada anda semua sila tunggu bersama kami, kami akan membawakan
berita terbaru apabila majlis IFA 2013 yang akan datang bermula.[mobile88.com]
3 Comments
mmg boleh bikin poket kering main gadget samsung nie.